CHAPTER 006

355 40 9
                                    

KEESOKKAN HARINYA...

Peristiwa semalam menggamit memorinya. Dia menjadi tidak senang duduk. Wajah S.Coups yang basah dengan air mata itu juga membuatkan dia ingin mengetahui lebih mendalam kisah si ketua pembuli. Rasa simpati dan bersalah sedikit sebanyak hadir ke dalam dirinya. Namun, dia tertanya-tanya apa yang menyebabkan si ketua pembuli tersebut menjatuhkan air matanya. Takkanlah disebabkan perbalahan yang tercetus antara S.Coups dan dirinya.

"Awal kau datang," ujar satu suara yang amat dikenalinya. Taehyung yang terkejut dengan suara seseorang menyebabkan dia terus berpaling ke arah suara tersebut.

"Luhan?" katanya terkejut. Luhan hanya membalas dengan senyuman hambar. "Kau sihat? Sakit lagi ke?" tanya Taehyung, risau.

"Aku dah okey sikit," balas Luhan pendek lalu terus meletakkan beg sandangnya ke atas kerusi miliknya. Seketika kemudian, hanya kedengaran nafas mereka sahaja di dalam kelas. Mulut mereka bagaikan terkunci rapat dan Taehyung kembali berada di dunianya.

"Taehyung," suara lembut Luhan menyapa pendengaran Taehyung menyebabkan dia berkalih ke arah lelaki itu.

"Kau ada apa-apa masalah ke? Aku nampak muka kau macam keruh je. Kalau kau ada masalah, aku sudi jadi pendengar untuk kau luahkan segala-galanya," kata Luhan dengan senyuman.

"Tak ada apa-apalah," balas Taehyung, cuba untuk tersenyum biarpun nampak hambar.

"Okeylah kalau macam tu," ujar Luhan, perlahan. Sebenarnya, dia dapat rasakan Taehyung ada sorokkan sesuatu daripadanya. Tetapi, dia tidak mahu kerana dirinya yang memaksa Taehyung menyebabkan lelaki itu berasa tidak selesa untuk mendekatinya.

"Luhan, kau dengan S.Coups memang dah lama kenal ke?" tanya Taehyung apabila teringat kejadian semalam.

"Aku? S.Coups tu memang pembuli kat sekolah ni dan dia memang kenal semua orang. Termasuklah aku. Kenapa tanya?" ujar Luhan, tersenyum nipis.

Taehyung tersenyum sebelum bersuara, "Dia memang banyak musuh ke?" tanya Taehyung ingin tahu.

"Banyak tu aku tak pasti. Cuma yang aku tahu dia memang selalu buli pelajar kat sekolah ni," ujar Luhan, jujur. "Tapi aku nampak dia kurang buli orang lain selepas kematian beramai-ramai berlaku kat sekolah ni," sambungnya.

"Ye ke?" tanya Taehyung. Lebih kepada bertanya kepada diri sendiri.

"Kau nak tahu sesuatu, tak? Sebenarnya, S.Coups paling excited kalau ada pelajar baru masuk kat sekolah ni tapi bila kau masuk, mood buli dia terus down," katanya lagi.

"Okey," kata Taehyung, ragu-ragu.

"Wah! Datang pun dia ke sekolah hari ni," ujar satu suara di hadapan pintu masuk kelas menyebabkan Luhan dan Taehyung segera berpaling ke arah pemilik suara tersebut. S.Coups!

"Korang borak pasal apa?" soal S.Coups dengan senyuman di bibir bagaikan dia seorang lelaki yang paling bahagia tatkala ini.

"Kami tak borak apa-apa pun. Kau pulak kenapa datang awal pagi?" tanya Taehyung. Setahunya, S.Coups bukan seorang yang rajin untuk datang ke sekolah pada awal pagi.

"Aku? Aku nak tenangkan fikiran. Kusut sangat nak fikir itu, nak fikir ini," balas S.Coups, jujur. Dia sudah pun berada di atas kerusinya. Matanya merenung lantai simen kelas.

"Kau ada apa-apa nak share dengan aku ke? Manalah tahu, aku boleh tolong kau," ujar Taehyung lagi, memberi bantuan sekaligus mengorek rahsia tentang kejadian semalam yang menyebabkan si ketua pembuli menangis.

Kata-kata Taehyung menyebabkan S.Coups yang menundukkan pandangan terus memandang ke arah wajah Taehyung. Matanya tepat memandang ke arah si penyiasat. Bagaikan mahu meneliti sesuatu sahaja. Taehyung pula masih menanti jawapan daripada mulut S.Coups. Luhan yang turut berada di dalam kelas tersebut tiba-tiba menjadi awkward.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now