ENDING

113 11 0
                                    

Taehyung menghadirkan diri di majlis pengebumian S.Coups. Dia datang bersama dengan Jimin, namun lelaki itu masih mencari tempat parking. Majlis pengebumian lelaki itu hanya menjemput orang terdekat sahaja.

Taehyung masuk ke dalam bangunan dengan perasaan bersalah. Dia melihat kawasan sekeliling yang sudah dipenuhi dengan beberapa orang berpakaian hitam.

Hidangan dijamu tetamu ketika itu. Mata Tarhyung cuba mencari kelibat Mingyu dan Joshua. Kelihatan mereka berdua hanya termenung di tepi dinding.

Lelaki itu terus berpaling ke belakang, berniat mahu berpatah balik. Hilang kekuatannya untuk bersemuka dengan dua sekawan itu lantaran kematian S.Coups berpunca darinya.

Namun belum sempat dia melangkah jauh, sepasang tangan memegang kejap lengannya. Serta-merta, langkahnya terhenti. Dia memandang gerangan yang menghalangnya meninggalkan majlis tersebut.

"Kau nak pergi mana?" Tanya lelaki itu. Jin, lelaki yang merupakan rakan sekumpulan dengan dia dan S.Coups.

"Aku..." Suara Taehyung tidak terkeluar.

Identitinya sudah lama terbongkar. Semua pelajar Estin Highschool sudah mengetahui identiti dia yang sebenar termasuklah lelaki di hadapannya.

"Kau rasa bersalah?" Pertanyaan lelaki itu buatkan Taehyung menundukkan wajahnya ke lantai.

"No need to feel guilty. This happen not because of you. Berhenti rasa bersalah," kata Jin, lembut.

Dia tahu lelaki itu rasa bersalah kerana S.Coups meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan Taehyung. Semua itu bukanlah salah Taehyung. S.Coups yang rela diri untuk menerima das tembakan.

Perlahan-lahan, Taehyung mengangkat wajahnya dari lantai. Dia cuba untuk kembali bangkit. Life must goes on.

"Dah. Pergilah jumpa Joshua dan Mingyu. Mereka mesti faham punya," pujuk Jin sambil menepuk beberapa kali bahu Taehyung.

"Jin," panggil Taehyung. Lelaki itu mengangkat kening sebelah kiri, menunggu ayat dari penyiasat itu.

"Thanks," balas Taehyung, cuba mengukirkan senyuman manis. Jin membalas senyuman itu sebelum berlalu pergi.

Taehyung menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mahu bertemu dengan Joshua dan Mingyu sebelum dia pergi dari situ. Dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

🔎

"Kenapa kau datang sini?" Dingin kedengaran suara Mingyu. Lelaki itu menyilangkan tangannya ke dada bidang miliknya. Wajahnya menyimpan seribu kemarahan.

Taehyung mengajak mereka berdua bertemu di kafe yang terletak di bawah. Majlis pengebumian itu diadakan di tingkat atas bangunan. Lelaki itu tidak selesa sekiranya mahu berbual di tempat ramai orang.

"Aku nak minta maaf," balas Taehyung, menundukkan kepala ke bawah.

"Kau minta maaf pun still tak boleh kembalikan S.Coups," berdesing telinga Taehyung mendengar ayat itu.

Joshua menyiku Mingyu tanda amaran. Lelaki itu keterlaluan. "Maaf, Taehyung. Mingyu masih bersedih tu."

"Ye, memang aku sedih. Sebab lelaki inilah penyebab S.Coups mati! Kalau bukan sebab dia, S.Coups masih hidup lah!" Jerkah Mingyu, kuat: meraih perhatian orang sekeliling.

Lelaki itu bingkas bangun sebelum berlalu pergi meninggalkan Joshua dan Taehyung. Joshua yang masih tidak berganjak itu mula rasa bersalah. Dia tahu Taehyung pasti sedih dituduh begitu.

"Aku minta maaf on behalf of him. Dia masih belum terima S.Coups dah takde. Perkara ini payah untuk kami," balas Joshua tidak mahu lelaki itu simpan di dalam hati.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now