CHAPTER 012

302 38 1
                                    

Mereka telah dibahagikan tugas masing-masing oleh fasi yang bertugas. Setiap kumpulan mempunyai fasi yang tersendiri. Taehyung dan S.Coups akan pergi mencari kertas origami yang mempunyai kata-kata semangat di dalamnya di perpustakaan sekolah. Manakala Jin dan Joshua akan mencari beberapa botol mineral yang diisi dengan kertas kecil yang mempunyai kata-kata semangat di dalamnya. Gyujin, Wooshin dan J-Hope pula akan mencari buku nipis yang kurang daripada 30 halaman. Buku tersebut mengandungi kata-kata semangat di dalamnya.

Sepanjang perjalanan Taehyung dan S.Coups, mereka lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap antara satu sama lain. Koridor yang sunyi dilalui mereka dengan suasana janggal. Taehyung memerhati setiap locker yang berada di situ. Manakala S.Coups pula berada dalam lamunannya sendiri.

“Agaknya apa yang ada kat dalam locker ni semua?” tanya Taehyung secara tiba-tiba. Matanya masih ralit memerhati setiap locker yang pintunya ditutup rapat.

S.Coups yang sedikit terkejut itu mula bersuara, “Buku-buku pelajaranlah.”

“Aku rasa setiap locker ni tak simpan semua barang yang sama. Takkan mereka semua simpan buku-buku pelajaran je. Katakan kalau dia simpan barang yang bahaya. Macam mana?” kata Taehyung lagi.

Sebenarnya, Taehyung sendiri tidak tahu kenapa dia bercakap soal locker ini. Dia dapat rasakan seperti ada sesuatu yang bersembunyi di sebalik locker-locker tersebut. Dia juga dapat rasakan pembunuh tu mungkin berada dalam kalangan pelajar. Satu-satunya tempat yang selamat untuk menyimpan sesuatu barangan ialah locker.

“Kenapa kau tiba-tiba bercakap soal ni?” tanya S.Coups sudah memandang hairan ke arah penyiasat itu.

“Aku pun tak tahu, S.Coups,” balas Taehyung masih memerhati ke arah locker.

“Kau ni peliklah!” sahut S.Coups.

Namun, Taehyung langsung tidak menghiraukan soal itu. Dia terus bergerak ke salah satu loker yang berhampiran dengannya. Tangannya mengusap-usap loker tersebut bagaikan mahu menscan barangan yang tersembunyi dalam loker itu.

“Kau okey ke tak ni?” tanya S.Coups dengan kerutan di dahi. Hairan dengan sikap Taehyung yang agak aneh itu.

Taehyung sedikit tersentak. Tangannya terus berhenti daripada mengusap loker tersebut. Dia berpaling ke arah S. Coups sebelum tersenyum nipis.

“Aku tak sangka kau nak juga bercakap dengan aku,” balas Taehyung sedar akan rahsianya hampir terbongkar.

“Dahlah. Jom kita pergi cari origami kat perpus. Nanti mereka risau pula,” ujar S.Coups terus melangkah ke hadapan: meninggalkan Taehyung di belakang.

Taehyung mengeluh sedikit lega. Mana tidaknya, dia hampir-hampir sahaja mahu membongkarkan identiti diri.

🔍

Luhan mencari barangan yang diarahkan oleh fasi nya di sekitar perpustakaan. Dia merupakan ahli kumpulan yang ketiga. Dia dan seorang lagi rakan yang bernama Taeyong perlu mencari barang yang disuruh di perpustakaan sekolah.

“Kau dah jumpa?” tanya Taeyong apabila melihatkan Luhan yang bercekak pinggang di hadapan salah sebuah rak di perpustakaan.

“Masih mencari.”

Matanya melilau sekitar rak tersebut. Satu-persatu buku dilihatnya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu terlepas pandang. Walaupun sesaat.

“Okey. Kalau jumpa panggil aku, tau! Aku kat sana,” ujar Taeyong seraya jarinya menunjukkan ke arah sudut rak yang agak kebelakang sedikit. Luhan menganggukkan kepala sebagai tanda dia mendapat arahan yang diberikan.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now