01 : how we met.

785 102 11
                                    

Mac 2013

"Eomma nak hantar Chaeyoung pergi sekolah asrama?"

Kedua ibu bapanya memandang antara satu sama lain, "Ya, sayang. Eomma dengan appa sibuk sangat dengan urusan syarikat, tak dapat nak tumpukan sepenuh perhatian pada Chaeyoung," beritahu Encik Lee. Chaeyoung bersandar pada sofa. Kakaknya, Hyeji mengetap bibir memandang adik perempuannya.

"Maaf Chae-"

"Tak apa, Eomma." getusnya. "Chaeyoung boleh belajar kat sana."

Akhirnya Chaeyoung berpindah ke sekolah berasrama itu ketika umurnya dua bulan sebelum hari lahirnya yang ke 18. Memegang beg galasnya, Chaeyoung berjalan ke bilik guru. Sepanjang perjalanannya mencari bilik guru, dia melalui padang permainan di mana beberapa orang pelajar sedang bermain bola sepak.

Tiba-tiba langkahnya terhenti kerana bola yang dimain oleh pelajar lelaki tadi terhenti di hadapannya. Seorang lelaki mendekatinya untuk mendapatkan semula bola tersebut. Chaeyoung memandang pelajar lelaki yang menunduk untuk mengambil bola itu, dia mengetap bibir.

"Maaf," ucap pelajar itu, memalingkan tubuh untuk kembali ke padang. "Tunggu," Pelajar itu terhenti kerana suara Chaeyoung. Dia memandang Chaeyoung, mengangkat keningnya, "Ya?" soalnya. "Bilik guru kat mana?" soal Chaeyoung.

Chaeyoung kini berjalan di belakang lelaki itu. Sangkaannya, dia hanya mahu menunjuk di mana bilik guru berada, tetapi lelaki itu pula yang bawa sendiri Chaeyoung ke bilik guru. "Awak nak jumpa siapa di bilik guru?" soal lelaki berbaju kemeja latihan itu.

Chaeyoung menyeluk poketnya, nama guru kelasnya dicatat di atas sehelai kertas. "Erm, Yonghee ssaem." balas Chaeyoung. "Yonghee ssaem ada tiga orang dalam sekolah ni," Chaeyoung menggaru kepalanya tidak gatal. "Yoo Yonghee ssaem." lelaki itu mematikan langkahnya , Chaeyoung turut terhenti kerana tindakannya.

"Yoo ssaem tu guru Kelas 3, mungkin awak dalam kelas tu," beritahu lelaki itu. Chaeyoung mengangguk faham, "Awak kelas mana?" soal Chaeyoung. "Saya kelas 2. Kim Sunwoo,"

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now