"Kalau aku tak cintakan kau, aku tak tuntut benda ni.. Aku akan tunggu kau bersedia" terdiam Adriana

"What the hell" perlahan sahaja ayat itu terungkap yang Adriana pasti Aryan tidak mendengar

"Awak pasti ke yang awak cintakan saya" Aryan tersenyum kecil.. Seminggu dia memikirkan tentang hal ini, sudah tiba masanya dia berikan peluang buat Adriana memiliki hatinya sepenuhnya

"Aku cintakan kau" redup mata Aryan memandang Adriana.. Adriana pulak jangan cakap, dah merah satu muka.. Sejujurnya, ini pertama kali dia berada dalam situasi begini.. Manakan tidak, sudah si Aryan je yang dia terkejar-kejar dari dulu

"I— I love you too ta—tapi—" walaupun debaran di dada sudah kian melaju, sempat juga dia membalas ungkapan cinta lelaki itu

"Aku minta maaf sebab selalu lukakan kau, aku minta maaf sebab pernah tinggalkan lebam dekat badan kau, aku minta maaf sebab biarkan kau kejar aku terlalu lama" Adriana mencari anak mata Aryan untuk melihat kebenaran dalam ayat itu.. Senyuman nipis terlakar saat yang dicari dijumpai

"Saya maafkan awak dan sentiasa maafkan awak"

"Aku minta maaf biarkan kau macam ni" ulang lelaki itu lagi, sungguh dia kesal

"Saya yang pilih untuk cintakan awak, jadi jika saya rasa terluka, itu bukan salah awak.. Tapi salah saya" Adriana tersenyum manis, memang salah dia tapi dia tidak menyesal.. Tubuhnya terus ditarik masuk ke dalam pelukan hangat Aryan

Bergenang mata Adriana.. Akhirnya cintanya disambut dan diterima dengan ikhlas.. Lapan tahun mengejar cinta seorang lelaki yang belum pasti miliknya ketika dahulu

"Terima kasih untuk semuanya" Adriana mengangguk di dalam dakapan lelaki itu.. Bahagianya hanya Tuhan yang tahu

Lama mereka berkeadaan begitu sebelum dengkuran halus mula kedengaran.. Tubuh Adriana diangkat dan dibaringkan di atas katil

Aryan hanya membiarkan Adriana bergerak-gerak mencari posisi yang selesa sebelum baju satin yang dipakai Adriana terselak sedikit

Lama Aryan perhati perut putih gebu itu.. Tetapi bukan kulit cantik itu yang menjadi tatapan, malah parut yang berada di perut Adriana

Perlahan tangan dibawa menyelak baju Adriana supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas.. Tergamam Aryan apabila apa yang ingin dilihat terbentang di depan mata

Banyak kesan parut di badan Adriana.. Rahangnya diketap melihat bekas jahitan yang sudah tentu rasa sakit.. Apatah lagi Adriana seorang wanita, pasti sakitnya berkali ganda

Aryan mengeluh perlahan.. Rasa kecewa meresap ke dalam jiwa kerana baru sekarang semuanya terungkai.. Baru sekarang dia tahu pengorbanan Adriana.. Rasa kasihan jatuh sesaat matanya melihat wajah Adriana yang lena diulit mimpi.. Kesihan kerana wanita itu dibenci semua setelah apa yang dia korbankan

Perbualannya bersama Rafael tiga hari lepas diimbas

"Aryan, aku harap kau betul-betul sayangkan Adriana" terangkat kening Aryan.. Dah kenapa tiba-tiba bicara soal Adriana

"Aku bukan apa, aku cuma kesiankan dia" Aryan diam menanti Rafael menghabiskan katanya

"Dia dah lama terseksa, bukan hanya dari segi mental tapi fizikal sekali.. Hargailah dia sebab selama ni takde yang hargai dia.. Aku hidup dengan dia bertahun, aku ada sebelah dia, jadi aku tahu apa yang dia rasa"

"Dia penat Aryan, dia dah give up tapi setiap kali dia give up, dia akan teringatkan family dia, kau, mak kau.. Dan dia akan perjuangkan selagi semuanya tak selesai"

"Susah nak tumpaskan Lily dengan ayah dia.. Dendam diorang dekat keluarga Tengku Haris susah nak dipadam.. Akhirnya, Adriana yang tanggung semua.. Sorry to say, tapi dia yang jadi galang ganti untuk apa yang sepatutnya Khaira dan family diorang rasa"

"Dia yang digunakan sebab dia bukan cucu kandung Tengku Haris.. Aku faham apa yang dia rasa saat satu persatu terungkai.. Dia tak luah tapi aku nampak mata dia" Rafael tersenyum tawar

"Aku janji akan sayang kau sepenuh hati aku" ciuman hangat mendarat lama di atas dahi lincin Adriana.. Tumpahnya rasa sayang ke atas Adriana saat ini

Gambar Khaira yang tergantung di dinding dilihat.. Sudah tiba masanya dia hargai apa yang di depan mata dan lupakan kisah silam.. Dah tiba masanya dia curahkan kasih ke atas Adriana dan rasa sayang buat gadis itu

🌹

"Sayang"

"Sayang!" panggilnya lagi saat seruannya tidak disambut

"Sayang sayang sayang sayang!"

"Apa awak ni!" bertih jagung yang berada di atas paha diambil lantas disumbat terus ke dalam mulut lelaki di sebelahnya

"Jangan bisinglah! Nanti orang marah" mencebik Luqman, orang panggil bersebablah!

"Sayanggggg"

"Iyee" kepala akhirnya dikalihkan daripada menghadap skrin besar di depan mata.. Mata si tunang di cari

"Jom kahwin esok" rengek Luqman.. Bertih jagung di ambil dan di sumbat di dalam mulut.. Em! Kenapa rasa dia lain eh? Masa Qaisara suap tadi sedap dia lain macam

"Ha! Ni la malas nak ajak awak tengok wayang cerita cintan cintun ni! Saya ajak tengok gambar horror tadi taknak! Gedik nak tengok gambar ni! Sekarang tengoklah, part sweet-sweet je terus naik bulu ajak kahwin esok lah! Ajak travel sama-sama lusa lah! Ajak masak sama-sama esok pagi lah! Awak boleh sabar sikit tak? Lagi tiga bulan je lagi.. Tak menyempat! Semua nak esok!" Luqman yang baru hendak menyuruh Qaisara menyuap lagi bertih jagung ke dalam mulutnya terdiam.. Sakit telinga dengar bebelan Qaisara.. Dia mencebik, nasib baik sayang!

"Dah tengok depan! Jangan kacau feel saya nak tengok cerita ni!" dalam diam matanya menjeling Qaisara di sebelah.. Geram je dengan perangai si tunang

Nasib baik tak putus tunang! Bila dikenang semula kisah di mana mereka akan putus tunang seminggu lalu, meremang bulu romanya.. Seram! Cinta dia sudah sepenuhnya milik gadis itu, senang-senang je minta putus

Bukan diminta penjelasan, malah diminta untuk putus tunang.. Perempuan ketika bersamanya semasa Qaisara datang ke rumah adalah adik sepupunya yang baru pulang dari New Zealand setelah bertahun-tahun belajar.. Suka sangat serbu tanpa pakai helmet.. Bukannya ada mereka berdua je dalam rumah, malah ada yang lain tapi semuanya sibuk buat kerja sendiri.. Qaisara pula lupa yang dia memang tidur takkan berbaju.. Ergh geram lah dengan perempuan sebelah dia ni.. Rasa nak gomol-gomol je lepastu campak dalam laut

"Jangan nak kutuk saya" Luqman yang sibuk membebel dalam hati terus terdiam

"Mana ada"

"Eleh! Macam saya tak tahu! Memang kita baru kenal seminggu lepas pun! Memang memang!" dia mula dah dia mula dah! Luqman merengus geram















🌹
Pelangi cinta sudah terbentuk giteww 🤣❤️❤️✊

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now