"Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup. Takkan kau nak begini selamanya?"

Dia menghela nafas berat. Wajah lelaki itu masih menganggunya secara tiba-tiba. Sebab itu dia selalu sibukkan diri dengan aktiviti luar atau di kedai keknya.

"Aku cuba." Bisik Laura perlahan. Dia akan cuba untuk bangkit dari kesedihan lampau. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengecapi kebahagiaanya sendiri?

Tanpa lelaki itu?

🌼🌼🌼

Suasana makmal Reutus sedikit lengang. Hanya ada dua tiga orang saintis yang berada di meja mereka menyiapkan kajian. Musim luruh sudah tiba. Hampir keseluruhan pohon di kawasan pencakar langit itu tumbuh seperti sedia kala selepas pasca peperangan dingin beberapa tahun lalu. Sudah pastinya kerja-kerja penanaman semula giat dijalankan di semua tempat.

Pasti mengamuk ketua planet mereka, jika ada kawasan yang dibiar tanpa sebarang pohon. Memang patutlah planet cantik itu dikenali sebagai planet tumbuhan. Sebutlah tumbuhan atau bunga jenis apa, dari pelusuk galaksi manapun, ada tertanam di situ.

Hebat bukan?

Kini pohon-pohon itu giat menggugurkan daunnya ke tanah. Amat cantik jika dilihat dari tingkat 50 ini. Seperti cerita dongeng!

"Kau rasa tindakan kita ini betul?"Senyuman nakal yang sentiasa menghiasi bibirnya seakan hilang kebelakangan ini. Digantikan dengan raut wajah yang sugul dan tegang.

Rambutnya diraup kasar. Seperti menyesali apa yang terjadi. Ah, bodohnya rasa!

Pluto membiarkan skrin besar itu tertutup sendiri. Wajah dua orang gadis bumi menari-nari di

"Aku tak sanggup. Biar aku pergi jelaskan hak sebenar. Kau masih hidup dan masih sihat lagi!"

Lelaki bertubuh kurus itu bingkas bangun. Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan kekusutan ini.

Hampir dua tahun dia merana. Buat itu tidak kena. Buat ini salah. Sudah dua kali dia ditimpa kemalangan kerana fokusnya terhadap kerja terganggu.

Sampai bila dia nak tanggung semua ini?

"Pluto! Selangkah kau pergi, kita putus kawan!" Ujar Venus tegas. Matanya tajam menikam wajah sahabatnya yang kelihatan tidak tentu arah itu.

Langkah lelaki itu terhenti. Serentak dia berpaling dan tersenyum sinis.

"Kau sanggup buang aku ya? Kau sanggup tinggalkan wanita yang kau cinta macam tu saja? Ke kau hanya berpura-pura selama ini? Kau bagi Laura harapan palsu? Kau memang patut mati malam tu!" Puas dia menghambur amarah. Punggungnya dihenyak ke atas lantai makmal.

Dada Pluto turun naik menahan amarah. Entah mengapa sahabatnya itu berubah mendadak. Auranya lebih menggerunkan selepas tragedi itu berlaku. Makin ramai yang takut dengannya.

Auranya dingin dan menakutkan.

"Kau ingat kau seorang sahaja yang merana? Kau seorang sahaja yang terkesan dengan apa yang berlaku? Aku pun!"

Leher baju Pluto dicengkam kuat. Tubuhnya mengigil menahan marah. Panas betul hatinya apabila mendengar tuduhan lelaki itu.

"Okay..okay. I'm sorry. Aku malas nak bertekak." Pluto menarik nafas berat. Nanti tak pasal-pasal ada juga yang masuk wad kecemasan. Baik dia mencegah sebelum hal buruk itu berlaku.

Masing-masing sedang panas. Baik dia menjadi air. Kalau dua-dua api, memang habislah terbakar gamaknya!

Venus melepaskan cengkaman dan menepuk bahu perlahan tanpa maaf.

"Maaf sahabat. Aku hilang kawalan. Aku rasa, jiwa aku sudah mati. Hanya jasad yang kau lihat ini, wujud."  Halkum lelaki itu bergerak-gerak.

Wajah tampannya sudah ditumbuhi kumis dan jambang. Rambut juga tidak digayakan seperti selalu. Serabai nampaknya seperti tidak disisir. Namun karismanya masih tidak hilang.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now