Healing

182 9 0
                                    

Laura menyentuh pintu agam coklat dan ia terbuka sendiri. Rasa tak sopan pulak bila sehari tak melawat Kate yang terlantar koma.

Dia suka bercerita dengan Kate tentang pengalamannya di Planet asing ini.

Walaupun setiap hari gadis itu tidak memberi sebarang reaksi, dia tetap akan bercerita seolah-olah Kate mendengarnya.

"Hello Kate. Saya nak..."
Matanya terbuntang melihat katil mewah itu kosong. Mana pulak Kate pergi? Greg ada bawak di ke mana ke hari ini?

"Hello Laura. Nice to meet you. Selama ni saya boleh dengar suara awak je." Satu suara halus menegurnya. Laura berpaling perlahan.

Kelihatan gadis cantik tinggi lampai bergaun kembang tiga lapis tersenyum ke arahnya. Wajahnya sedikit pucat dan sembap namun kelihatan segar dari biasa.

Han...hantu....

Laura pengsan di situ juga. Katerina pula cemas berlari keluar mencari pertolongan. Semoga Laura tak apa-apalah!

🌼🌼🌼

"Tujuan kita berkumpul adalah untuk membincangkan tentang krisis air yang makanan yang melanda negara kita sekarang. Syukurlah semua itu hampir berakhir dan semoga semuanya akan pulih seperti biasa."

Venus menyilangkan kakinya sebelum mencapai cawan. Pluto pula kelihatan santai mengunyah buah.

"Boleh kita mula sekarang?" Mata helang itu memandang satu persatu wajah dihadapannya itu.

"Ayah kamu tak turut serta, Venus?"

"Mungkin lambat sikit, uncle. Dia menyuruh saya bentangkan hal ini pada uncle semua dahulu."

"Baiklah kalau begitu."

" Tasik itu kering disebabkan orang tua itu meletakkan benih beracun sebelum ditabur ke awan-awan sekitar kawasan itu. Hujan yang turun bersama benih beracun tu boleh menarik dan menyedut semua air tasik ke udara."

Pluto dan beberapa orang kawan papanya ternganga besar. Kebangangan apakah ini? Air tasik boleh dikeringkan oleh benih yang sekecil hama?

Anak muda ini tidak bergurau bukan?

"Saya gelar dia sebagai K lah ya. Terbelit pula lidah nak sebut Kenkove.."

Mereka yang ada sekadar mengangguk. Pintu pejabat diketuk perlahan dan kemudian kelihatan kelibat Venom dan Greg masuk.

"Maaf kami lambat. Ada hal sikit." Suara garau itu menyapa.

"Dalam bilik yang saya pecah masuk itu, ada beberapa alat aneh dan juga mesin gergasi. Untuk apa, itu di luar kemampuan kita untuk tahu. Tapi saya ambil beberapa keping gambar untuk kita buat kajian."

Skrin hologram muncul menunjukkan alat dan juga mesin aneh milik Kenkove.

"Berbalik kepada tasik tadi, benih beracun itu adalah hasil ciptaan dia sendiri. Saya tidak tahu formula kuasa apa yang digunakan, tetapi yang pasti dia memang berniat untuk menyerang planet kita dan juga Planet Pearl."

Semua yang ada mengangguk laju dan memandang sesama sendiri. Sementara Greg mengetap bibirnya tanda geram.

Makin dia beri peluang makin naik lemak Si K ni! Kau memang dah melampau! Selama ini aku sabar kerana ingat kau darah daging aku, tapi begini pula kau balas!

"Bagi kes tanaman dan pokok mati tu bagaimana pula?" Uncle yang berambut hijau bertanya sambil mencatit sesuatu.

"Saya ada turun ke tempat kejadian, hampir semua tempat mengalami keadaan yang sama iaitu tanaman habis layu dan buah-buahan membusuk dengan cepat."

"Mereka semua ternampak kelibat haiwan aneh dan juga awan aneh di kawasan ladang."

"Dan.. kami dapati bahawa haiwan itu memang sengaja dilepaskan oleh K untuk merosakkan tanaman. Tentang awan aneh itu, tindakbalasnya sama seperti tasik tadi. Apabila hujan turun, habis semua tanaman yang terlibat mati serta merta tanpa tinggal sisa."

Venus membetulkan kot hitamnya sebelum duduk. Pluto pula bangun menggantikan sahabatnya itu bagi meneruskan penerangan tentang krisis negara itu.

"Dan jalan penyelesaiannya adalah kita telah menabur biji benih bersifat neutral untuk menyingkirkan benda beracun itu. Ternyata ia berkesan!"

"Bagi kes haiwan aneh itu, ia telah dihantar ke taman haiwan liar untuk dilepaskan dalam hutan itu dan untuk dikaji sifat semulajadinya. Selagi dia tidak membahayakan nyawa kita, ia akan dibiarkan hidup dalam taman haiwan tersebut."

Semua yang ada mengangguk dan berpuas hati dengan penerangan dua orang anak muda itu.

"Aku yakin anak kau akan jadi pemimpin terbaik satu hari nanti!" Greg menepuk bahu Venom yang kelihatan tersenyum bangga.

"Harapnya begitulah!"

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now