Terhenti (updated)

215 11 0
                                    

"Fred, Tuan Venom nak jumpa." Tegur seorang wanita yang sibuk meneliti 5 skrin di hadapannya.

Fred hanya mengangguk. Tablet yang berisi maklumat penting dicapai atas meja.

Pintu bilik pemimpin tertinggi itu diketuk perlahan sebelum ia terbuka sendiri.

"Saya nak laporan mengenai keadaan terkini." Lelaki separuh abad itu bersuara.

"Tiada kematian penduduk dilaporkan. Cuma ada yang cedera. Mereka sudah dihantar ke kem pemulihan untuk dirawat."

"Setakat dua hari lalu, bekalan air sudah mulai pulih dan tanaman juga sudah mula membuahkan hasil."

Lelaki itu mengangguk berpuas hati.

"Pastikan rumah dibina secepat mungkin. Tambah juga bekalan makanan untuk diedarkan pada yang terjejas." Arah Venom.

"Baik tuan."

"Bagaimana dengan robot tempur yang rosak tempoh hari? Berapa yang tinggal?" Soalnya sambil membelek kertas lutsinar yang berselerak.

"Banyak yang sedang dibaiki tuan. Jumlah yang sedia ada 40 000."

"Pesan pada pegawai bahagian tempur, sentiasa peka dengan keadaan semasa. Kita harus waspada. Tidak tahu bila si bedebah tu akan kembali menyerang. Firasat saya mengatakan dia sedang merancang sesuatu yang besar."

Venom mengurut dagu perlahan. Apa sebenarnya yang dirancang?

"Baik. Nanti saya sampaikan. Ada apa-apa lagi tuan?"

Venom menggeleng laju. Lelaki itu pantas berlalu dari bilik untuk menyambung kerjanya yang tertunggak.

"Nasib kamu berjaya menemui kunci penyelesaian pada masalah kita. Papa sendiri pun buntu memikirkannya."

Lelaki muda berpakaian formal hanya beriak biasa. Mujur sahaja dia menemui bilik rahsia yang menyimpan penawar ketika menyelamatkan Laura dan Kate dalam rumah agam di kaki gunung itu.

"Setakat ini semua terkawal. Kamu perlu awasi Laura di sana. Jika ada perkembangan dari sana beritahu."

Lelaki muda itu mengangguk perlahan. Takut juga dia jika lokasi Heudus city diketahui musuh.

"Papa nak bincang sesuatu dengan kamu ni. Dua tiga hari ini, tiada serangan dilaporkan. Papa syak Kenkove ada rancang sesuatu."

"Rancang sesuatu?" Vens mengerutkan dahi mendengar ulasan ayahnya. Tak cukupkah dengan mengeringkan tasik negaranya dan memusnahkan tanaman?

"Ya. Papa kenal sangat musuh kita tu. Dia takkan mengalah selagi tidak dapat apa yang dia nak. Serangan yang kita hadapi mungkin baru bermula. Setahu papa, dia sangat licik orangnya!"

Tegas lelaki bermisai itu. Dia perlu buat sesuatu untuk menghadapi sebarang kemungkinan kelak.

"Papa akan buat mesyuarat dengan pegawai yang lain tentang hal ini. Cuma papa nak minta tolong satu perkara dengan kamu."

"Sudah tentu. Apa dia?"

"Kamu dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang Kenkove dari uncle Greg kamu. Papa rasa dia tahu sesuatu."

Venus hanya mengangguk. Dia merasa hairan mengapa lelaki tua itu berdendam dengan abangnya sendiri.

Jadi salahkah perpatah yang mengatakan air yang cincang tidak akan putus?

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now