Kate's upset

145 5 0
                                    

Arissa menjeling Laura yang lencun dengan air mata di sisinya. Dadanya sebak namun sedaya upaya ditahan.

Takkan dua-dua nak menangis, berguling, meraung kan? Laura dah memang cengeng sejak kecil lagi. Jadi dia kena cool, acah-acah gentlewoman gitu.

Masalahnya dia sendiri sedaya upaya menahan sebak dalam dada. Siapa tak sedih bila hendak ucapkan selamat tinggal pada sekumpulan alien yang sangat baik, ikhlas, jujur, dan menerima mereka dengan baik di planef asing itu.

Heh, kalau alien lain, mahu kena tembak dengan laser dah. Syukur mereka dipertemukan dengan alien yang sangat baik seperti mereka semua.

Wajah dihadapannya ditenung satu persatu.

Venom, lelaki separuh abad yang banyak membantunya di planet asing ini. Sejak 6 bulan lalu, dia umpama ayah angkat mereka mengadu sakit pening.

Pluto, lelaki berambut kuning, Suka acah hensem walau kurus macam lidi. Lelaki itu sangat baik dan murah dengan senyuman. Rajin membantu mereka dalam apa jua situasi.

Greg, lelaki botak sebaya dengan Venom. First expression, he seems fierce but he really a nice guy. Memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis buah dan tumbuhan pelik yang terdapat di planet asing itu. Sangat ramah dan cool orangnya.

Ben, manusia seperti mereka, sudah lama bermastautin di pelbagai planet. Dia antara angkasawan terkandas yang tidak jumpa jalan pulang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjadi pengembara galaksi hingga kini.

Katerina, alien tercantik pernah dia lihat. Sebiji macam patung! Sifatnya persis wanita melayu terakhir. Seorang yang lemah lembut dan pendiam. Dalam diam ubi berisi, dalam tidak banyak bicara, dia juga seorang bijaksana.

(Author dah macam reka pantun😂 eh?)

Arissa memandang sekeliling mencari seseorang.

Kate tak nak jumpa mereka ke?

Dari tadi gadis alien itu tak menampakkan diri. Marah sangat ke? Keluhan berat dilepaskan.

"Maafkan anak uncle."

Eh?

Arissa menoleh seraya tersenyum hormat. Greg datang duduk disebelahnya.

"Dia tak bermaksud dengan apa yang dikatakan malam tadi."

Lelaki itu menggaru pelipisnya sambil melontarkan pandangan pada air beriak perlahan tidak jauh dari situ.

Air hijau jernih yang meruak-ruak keluar dari nun atas sana menambahkan keindahan petang itu. Grennie waterfall antara air terjun terkenal di seluruh angkasa.

Sebut saja nak jumpa alien macam mana?

Semua ada. Yang kepala petak? Yang kaki pendek? Dari yang pelik sampailah yang cantik menawan tahap bidadari. Betapa terkenalnya air terjun di salah satu kaki gunung , di Pulau Rhenea, Reutus. Satu galaksi menyebut tentang keindahannya.

"Its okay uncle. Saya faham." Arissa menoleh ke arah alien yang berkumpul menikmati rumpai laut berduri yang dilambakkan atas tikar terapung.

Sedap ke?

Entahlah dia tak pernah cuba. Menempah maur namanya kalau suka suki cuba makanan pelik itu. Maunya duri tercucuk kulitnya, rabak habis. Konform masuk icu.

"Dia tak pernah ada kawan sebelum ini. Puas uncle nasihat supaya keluar berkawan, macam orang lain. But she refuse to do so. "

Arissa mengangguk perlahan.

"Marah betul dia pada kami ya uncle? Bukan kami takkan duduk sini, tapi kami kena balik. Our family need us." Laura bersuara perlahan.

Arissa menjeling perlahan. Ada suara rupanya budak ni. Ingat bisu dah tadi. Mata tu bengkak dah asyik menangis dari pagi.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now