Pakatan rahsia

200 11 0
                                    

Pintu bilik bacaanya dihempas kuat. Tiga robot pembantu rumahnya hanya membisu menunduk ke lantai. Takut barangkali melihat tuan besar mengamuk.

"Damn all of you!" Dia menghenyak punggung kasar ke atas kerusi terapung. Matanya bersinar merah menahan amarah. Dadanya berombak kencang. Tangannya erat mengengam penumbuk. Siaplah korang! Aku akan balas balik perbuatan korang ni! Demi anak aku!

Flashback

15 orang ketua planet Adromeda berkumpul secara rahsia di dalam bilik mesyuarat Kesatuan Galaksi AndroSakti. Muka mereka kelihatan serius. Sepertinya ada hal penting yang ingin dibincangkan.

"Menyampah aku dengan Greg. Ingat dia bagus sangat?" Yale membuka bicara.

Greg bersiul melekapkan telapak tangan di skrin untuk masuk ke dalam pejabatnya. Kenapalah dia bengap tinggalkan invisible pad dia dalam pejabat? Tak pasal-pasal kena patah balik ambik. Heh.

Langkahnya terhenti di hadapan pintu agam bilik mesyuarat. Dia mengerutkan dahi. Rasanya hari ni tak ada sebarang meayuarat. Kebanyakan ketua planet sibuk menyiapkan planet masing-masing menerima kedatangan komet  beberapa hari lagi. Jadi buat masa ini meayuarat ditangguhkan. Siapa pulak buat mesyuarat tingkap ni? Dia tercegat di muka pintu. Satu kelebihan penduduk planet Pearl adalah mereka boleh mendengar tanpa had. Setakat disebalik pintu ni, celah gigi jelah. Maknanya, biarpun ruang angkasa kedap bunyi, mereka mampu aktifkan deria mereka untuk dengar bintang tergempas atau komet berlanggar sesama sendiri. Mereka mampu aktifkan dan matikan sendiri deria istimewa tersebut

"Aku rasa nak bunuh si bedebah tu!" Flex menambah geram. Sebab Greg, anak lelakinya menjadi tak siuman. Setiap hari menyebut nama Kate!

"Entah! Aku pun meluat dengan dia!"
Helly ketua planet Axia mendongkol. Anak lelaki dia pula hilang entah ke mana selepas lamarannya ditolak oleh Greg.

"Aku nak dia terseksa macam mana yang aku rasa. Anak aku jadi gila sebab anak perempuan dia tau tak!" Flex menghentak meja. Marah betul dia.

"Plan kita setakat ni berjalan lancar." Helly tersenyum sinis sambil memandang empat orang sahabatnya. 

Dia pula memusuhi lelaki botak itu sejak dahulu lagi. Entah mengapa kejayaan lelaki itu memajukan planetnya, menambahkan rasa sakit hatinya.

"Aku tak sabar tengok reaksi dia. Padan muka kau bedebah!" Yale menyampuk sambil ketawa terbahak-bahak. Dia kelihatan teruja mendengat cadangan bernas itu.

"Aku yakin kita akan buat dia terseksa dalam senyap." Mereka berlima tersenyum penuh makna. Dendam membara dalam dada para pemimpin planet itu.

Tanpa disedari dibalik pintu agam bilik mesyuarat, wajah Greg berubah. Kakinya ditahan agar tidak merempuh masuk.

Tak sangka rakan seperjuangannya ada rancangan sulit bersama. Rancangan untuk jatuhkan dia!

Apa dia perlu buat? Perlukah dia bertindak atau hanya berdiam diri?

Bahunya disentuh seseorang. Dia lantas menoleh.

"Venom?" Dahinya berkerut melihat sahabat baiknya di situ.

"Kau buat apa kat sini?" Soalnya berbisik.

"Jom ke bilik sana. Aku ada benda nak bincang." Ujar lelaki beruban itu mengatur langkah.

Greg hanya mengangguk sebelum membuntuti langkah lelaki itu.

Adakah Venom mengetahui pakatan rahsia beberapa musuhnya itu?

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now