Venom House

167 9 0
                                    

Kenkove berdiri terpacak di tengah jalan sambil merenung sebuah rumah enam tingkat yang indah tersergam di hadapannya.

Jadi inilah rumah Venom iya? Boleh tahan kaya jugak kawan baik abang aku ni ek?

Kelihatan dua robot sasa mengapit di kiri dan kanannya. Nasib robot itu tak diprogramkan mempunyai perasaan. Kalau tak mesti diorang pelik bin ajaib tengok tuan besar tersengih macam orang gila depan rumah entah siapa-siapa ni.

"Dulu kau sombong kan? Sekarang aku dah kembali. Biar aku buktikan anak tak guna yang ayah cakap nilah yang genius dan berjaya dari kau. Sebelum aku hancurkan kau, biar aku hapuskan kawan kau dulu!"

Mulut lelaki itu terkumat kamit memaki hamun abangnya kandungnya itu. Dendam masih membara dalam dadanya. Dia mengukir senyum sinis. "Payback time, big brother."

Sekelip mata rumah tersergam indah itu meletup tiba-tiba. Asap berkepul-kepul dipandang bangga. Kawan baik kau dah mati. Lepas aku hancurkan Reutus, giliran Pearl pulak. Tunggu aku datang. Hahahaha!"

Robot pengawalnya berubah menjadi robot gergasi yang digelar Girot (Giant Robot). Dia memanjat dan melompat ke atas bahu Girot.

Aku akan hancurkan semuanya.

Semuanya...

Girot bergerak pantas dan merempuh pokok-pokok dan menghentam beberapa buah rumah orang awam. Kelihatan ramai keluar lari bertempiaran menyelamatkan diri. Suasana menjadi kacau bilau. Mereka terkejut dengan serangan mengejut. Bom atom dan serangan laser ada di mana-mana.

"Girot, sekarang mari ke Pusat Bandar Reutus. Biar robot terbaik aku yang lain hancurkan tempat ni."

Zeeet.....

Robot gergasi setinggi bangunan 30 tingkat itu berbunyi nyaring tanda dia menerima arahan. Robot itu mengeluarkan api dari kedua belah tapak kakinya dan memecut laju ke arah pusat bandar.

☆☆☆☆☆☆

Hansel dan George kelihatan cemas apabila skrin gergasi di hadapan mereka bertukar merah dan siren berbunyi nyaring. Suasana di bangunan pentadbiran Reutus menjadi kecoh.

"Oh shit! Musuh dah serang hampir semua bandar!" George menempik. Jarinya menari laju di keyboard transparent. Dia cuba mengaktifkan semua robot tempur dari kawasan penyimpanan robot makmal Reutus.

"Tinggal bandar Teasel dengan Ween diorang belum sentuh. Aku akan arahkan penduduk dipindahkan secepat mungkin." Respon Hansel yang menyeka peluh di dahi. Gila! Dia tak pernah sangka Reutus akan diserang mendadak dan tiba-tiba begini!

"Bala..bala."

Mereka merenung tanpa berkelip. Robot tempur mereka dengan senang dapat ditewaskan oleh robot musuh. Sekelip mata pulak tu!

"Lancarkan Zen!" Teriak Hansel.

"Kau gila ke? Kalau Tuan Venom marah macamana?"

"Belasah jelah. Takkan kau nak diorang serang pusat bandar pulak?" Dia tahu Zen belum siap diuji lagi. Namun keadaan sekarang memang memaksa mereka untuk menggunakan robot tempur yang menggunakan satu-satunya menyerap dan menggunakan kuasa bintang terpanas dalam alam semesta iaitu matahari.

Greg hanya akur. Tak apalah kalau ketua mereka tanya, pandai-pandailah mereka jawab. Yang penting benda alah inilah satu-satunya boleh selamatkan planet mereka sekarang ni!

George merengus kasar. Ditekan butang launch berulang kali. Apahal robot tempur ungu ni tak bergerak pulak ni? Tch! Darurat nilah dia buat hal!

"Apasal weh?"

"Zen tak bergerak! Banyak kali aku cuba ni!"

"Meh aku cuba pulak." Hansel bertukar posisi dengan George. Berulangkali Hansel memicit butang biru itu. Robot itu masih lagi kaku. Rosak ke robot ni? Haih...

Di tengah-tengah kekalutan orang yang bertungkus lumus mengawal keadaan, satu susuk tubuh kelihatan tenang. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now