Dinner ( New Update)

153 7 0
                                    

"Kita dah sampai!" Fify tersengih keriangan. Kedua - dua gadis itu melopong, tidak mampu mengeluarkan sepatah kata.

Besar betul rumah uncle Venom! Macam istana! Pagarnya sahaja kelihatan gah!
Apatah lagi di dalam.

Ramai rakyat Reutus berkeliaran di luar rumah agam itu. Ada yang baru sampai seperti mereka. Ada yang ralit menjamu selera di meja yang disediakan di situ.

"Makanan untuk kita ada tak?" Laura tersengih memandang Arissa yang berjalan seiring dengannya memasuki pagar gergasi berukir cantik itu.

"Pluto! Vens!"

Dalam keriuhan, mujur kelibat dua lelaki tampan itu ditemui dengan mudah.

"Ah! Laura, Rissa." Laura tersengih malu memandang empunya suara. Sejak ada bibit-bibit cinta antara mereka, terasa segan pula rasa.

Haishh gediknya kau Laura! Mungkin dia tersampuk hantu dalam perjalanan tadi.

Wake up Laura! Riak wajah terujanya disembunyikan. Dia beriak bersahaja.

 Dia beriak bersahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hai. You look so...teribble today " Suara garau itu menegurnya lembut. Dia tergamam melihat penampilan gadis di hadapannya kini.

"Oh, dia maksudkan beautiful." Pluto membetulkan. Taktaulah Venus sengaja mengusik atau lelaki itu tersasul.

Gadis itu kelihatan anggun dengan dress putihnya sesuai dengan kulitnya yang cerah. Rambutnya pula dilepas bebas.

Venus terpaku. Bidadari turun dari langit ke ni?

Ah sudah. Dada dia dah mula berdetak kencang. Kau dah kenapa hati oi. Duk diam. Aku bukannya lari marathon pun.

Lelaki itu kelihatan segak dengan tuxedo dan seluar slack hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelaki itu kelihatan segak dengan tuxedo dan seluar slack hitam. Kalau dalam cerita disney, segak seperti putera raja!

"Wah..hensemnya dia!"

"Weh, tengok tu. Anak tuan Venom kan?"

"Kacaknya dia!"

"Dia sebijik macam lelaki idaman aku! Auuu!"

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now