Kejutan

154 8 0
                                    

Portal berbentuk bintang terbuka.

Venus dan Pluto berpandangan sesama sendiri. Venom memandang mereka dengan wajah selamba.

"Pergilah jumpa dia. Terangkan segalanya. Settle semua, bagitahu papa." Venom menepuk perlahan bahu anaknya.

"Sepatutnya kita bagitahu perkara sebenar malam tu, uncle." Pluto memandang Greg yang memeluk tubuh di sudut bilik.

"Tak supriselah jadinya. Kita bagi surprise pada mereka berdua."

"Haih..baiklah..baiklahh."

"Safe journey guys!" Ucap Venom sebelum mereka berdua melangkah memasuki portal.

Seketika kemudian portal tertutup.

"Kau yakin dia tak marah kau sembunyikan anak kau? Semua orang ingat anak kau dah mati tau. Termasuk aku. Ciss."

Venom menghamburkan tawa melihat reaksi sahabatnya itu.

"Musuh-musuh aku tengah buru Venus. Jadi aku terpaksa palsukan kematian dia dan pindahkan dia ke planet Feulus sampailah keadaan kembali reda."

Planet Feulus- planet pelangi di mana langitnya berwarna warni indah seperti pelangi. Penduduknya menerima baik tetamu serta amat cintakan keamanan.

Greg mengangguk perlahan. Baru dia faham mengapa sahabatnya bertindak begitu.

"Maafkan aku Greg. Aku terpaksa rahsiakan hal ini dari semua orang termasuk kau. Bukan aku tak percaya kau tapi.."

Greg memegang bahunya perlahan.

"Aku faham. Kalau perkara yang sama terjadi pada Katerina, aku akan buat perkara sama juga. Kau buat semua tu supaya musuh tidak dapat kesan Venus kan?"

Venom menggangguk.

"Syukur dia sudah pulih sepenuhnya."

"Haih, kalau dia tak berkenan pada budak bumi tu, boleh kita berbesan." Greg berseloroh.

Mereka ketawa serentak.

"Siapa kata tak boleh?"

"Maksud kau?" Greg membulatkan mata. Jangan buat hal Venom. Anak kau separuh mati cintakan budak bumi tu.

"Kau ingat tentang Veiri? Anak sulung aku?"

Greg terkesima. Veiri? Lama tak dengar kabar anak muda itu.

"Dia berada di mana sekarang V?"

Venom hanya mengulum senyum.

"Tak lama lagi kita akan berjumpa dengan dia. Aku pun dah lama tak berdua muka dengan anak aku tu."

🖤🖤🖤

Portal berbentuk bintang muncul di perkarangan bilik tidur Laura. Mereka berdua melompat masuk dengan senyap.

Senyap-senyap pun adalah juga bunyi tapak kasut kan.

"Arrghh kaki aku."

"Sorry bro. Tak sengaja pijak!" Venus memberikan tersengih sebelum kembali fokus kepada situasi mereka sekarang.

"Betul ke ni bilik Laura? Kau tak silap kan?" Soalnya sambil meneliti beberapa biji buku di rak gergasi berhampiran.

Matanya menyeluruhi bilik tidur yang berkonsepkan warna lembut dan berciri moden itu. Cantik dan kemas bilik buah hatinya ni. Layak dibuat bini dah ni.

"Mestilah. Aku pakai ULPS kot." Ultra Locating Placing System merupakan teknologi baru planet mereka.

Dia berpaling apabila menyedari Pluto senyap sunyi tiada suara. Apahal mamat ni pendiam ni? Selalunya kepoh ya ampun.

"Siapa korang?" Satu suara halus menyapa garang. Dia berhenti melangkah. Wajahnya tenang sahaja.

Pluto sudah didudukkan di lantai dengan sebilah pisau di leher lelaki itu. Mukanya pucat tak berdarah.

"Relaks. Kami tak berniat jahat."

Venus bersuara tenang. Wajah Laura ditatap lembut. Did you know how much i miss you sayang?

"Habis tu kenapa ceroboh bilik saya? Siapa awak?"

Hailah. Suara halus itu yang dirinduinya selama ini. Hatta papa melarangnya keluar dari Feulus, dia diam-diam turun ke bumi untuk mengintip kekasihnya ini.

"Kalau kau rindu aku, lihatlah bintang di angkasa."

Laura terpaku. Itu....

Itu pesanan terakhir Venus sebelum menutup mata buat selamanya.

"Kau tak kenal aku dah sayang? How dare you.."

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

Venus pandang Laura, Laura tenung Venus. Keadaan jeda antara mereka.

Arissa menoleh ke arah lelaki kurus yang terduduk di sisinya. Kalau itu Venus maknanya lelaki di sisinya ini..

Pisau ditarik dan disimpan. Arissa membantu Pluto bangun.

"Kau?" Arissa menyoal kembali.

Pluto membetulkan kolar bajunya. Haih budak ni. Habis baju aku berkedut.

"Iya..Ni akulah. Pluto, kawan merangkap boyfriend kau yang handsome lagi macho."

Arissa merengus geram. Sempat lagi riak tu.

"Okay. Bagi aku hadam kejap."

Satu saat...

Dua saat..

Tiga saat..

Empat saat..

"Kau saja bagi kitorang heart attack kan! Issy!"

Gadis berambut coklat itu memukul bertalu-talu bahunya.

"Hoi sakitlah bahu aku sengal!"

"Padan muka!" Lidah dijelir pada lelaki itu.

"Korang jom duduk. Aku akan terangkan semua."

Venus memanggil budak berdua yang khusyuk bergaduh sesama sendiri. Mereka serentak menoleh dan menghampiri Venus yang duduk di birai katil menenagkan Laura yang sudah tenggelam dalam tangisan.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now