Space elevator (New update)

217 9 0
                                    

"Aduh bos, sakit!"

Laura hanya tersenyum geli hati melihat drama di hadapannya.  Sebaik sahaja krisis negara itu selesai, dia terus dibawa ke rumah kecil yang dihuni bersama Arissa ketika awal mereka sampai ke sini.

Berteriak jugaklah perempuan itu bila melihat wajahnya di muka pintu. Syukur akhirnya mereka dapat bertemu semula setelah 20 hari dipisahkan dek kerana dia hilang diculik beberapa hari yang lalu.

"Kau kata aku botak!? Gatal miang keladi!?" Venus membulatkan mata tanda geram. Memang nak kena budak seekor ni!

"Aduh bos! Ampun bos! Sorry! Bos muda, tegap, kacak, segak, bergaya kau memang daboom!" Macam mana entah bosnya itu dapat tahu. Sedangkan pada masa itu di hanya berdua bersama Laura bersiar-siar di bandar Heudus.

Mungkin bosnya ada di situ juga? Eh, mustahil! Setahunya bosnya itu sibuk uruskan hal krisis makanan negara itu.

Tapi...

"Apa dia!? Aku tak dengar!"

" Boslah lelaki paling kaya, kacak , hensem seluruh galaksi. Sumpah!"

Serentak dengan itu pintu gergasi yang hampir tertutup tadi terbuka luas dengan satu butang.

"Fuh! Thank you bos! I love you!" Don melom pat memeluk lelaki bertubuh tegap itu. Tak terbayang kalau dia tersepit dekat pintu gerbang tu tadi. Tajam sungguh gerigi di permukaan pintu itu.

Mahu terbelah dua badannya nanti! Habis badan dia yang tegap pujaan ramai gadis ini! Ngeri!

" Eh blahla bodoh! Dasar gay! Baik kau blah sebelum aku pecahkan muka kau!" Venus mencerlung garang.

Tegak tubuh Don mendengar amaran bosnya itu.

"Huh, garangnya bos ni. Nak gurau sikit pun tak boleh."

"APA KAU KATA!?" Venus merenung tajam muka pekerjanya. Aku letupkan jugak budak ni karang!

"Ampun boss! Saya pergi kawal sempadan bandar sekarang jugak!"

Don memecut lari sekuat hati sebelum
dia hancur menjadi debu. Tak pasal-pasal lenyap dia dari muka planet itu.

"Hahaha. Bongokla si Don ni. Sakit usus aku tahu tak!" Seorang lelaki ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya.

Manakala Laura hanya tersengih di sudut bangsal itu. Nak gelak lebih-lebih tak berani sebab muka Venus bengis sangat. Pluto muncul dari mana entah.

Tak pasal-pasal dia pulak kena bom, tak ke naya! Pluto macam tak kisah ke dengan muka bengis lelaki kacak tu! Dia yang naik gerun!

"Kau pun berambus!?"

"Eh, aku pulak kena? Tak aci!" Pluto yang masih dengan sisa ketawanya melabuhkan punggung di atas rumput ungu.

" Kau, Ikut aku!"

Venus berlalu laju ke kereta solar berbentuk bulat meninggalkan Laura terping-pinga.

" Pergi je. Jangan takut. Kejap lagi hilanglah baran dia tu."

"Erm saya takut."

Pluto memegang lembut bahu gadis itu.

"Kau ikut je dia. Aku kenal sangat si Vens ni. Baran dia cepat meletus dan cepat juga dia sejuk. Sebaran- baran dia, tak pernah lagi dia bunuh orang."

"B-betul ni?" Gadis itu masih teragak-agak. Manakah tahu ini kali terakhir dia tengok langit ungu secantik ini?

"Dia nampak je garang , bengis but hati dia baik. Trust me!" Pluto meyakinkannya lagi.

"O-okay." Dia berlalu perlahan menuju ke kereta. Dia hanya menunduk tanpa memandang wajah lelaki yang merenungnya dengan tajam.

"Kenapa lambat sangat?!? Nasib aku tak tinggal je kau tadi!?"

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now