Priosior Planet

137 5 0
                                    

Priosior planet.

Dengar namanya sahaja sudah cukup menggentarkan ulu hati seluruh makhluk dalam galaksi itu. Planet yang menempatkan penjara-penjara ampuh dikelilingi dengan tembok yang sangat tinggi dan sistem keselamatan yang amat ketat menggunakan teknologi paling terkini.

Sebarang objek yang mencurigakan menghampiri orbit planet tersebut, akan ditembak dengan senjata radioaktif mereka tanpa belas kasihan. Keadaan muka buminya adalah rata membuatkan ianya sesuai dijadikan sebagai penjara kepada pesalah makhluk asing di seantero angkasa.

Bayangkan, objek yang menghampiri planet itu ditembak serta-merta, inikan pula para banduan yang berniat untuk melarikan diri. Itu cari nahas namanya. Ditembak laser, terus jadi abu jawabnya.

Memang tiada seorang pun berani melarikan diri. Kamera berteknologi tinggi sedia merakam sebarang aktiviti mencurigakan hatta sekecil-kecil lubang tikus.

Tiada siapa yang terkecuali. Senjata laser ada dimana-mana bersembunyi menyerang banduan yang mempunyai niat jahat.

 Senjata laser ada dimana-mana bersembunyi menyerang banduan yang mempunyai niat jahat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Warden penjaranya amat menggerunkan. Berbadan kekar dan berwajah bengis. Mata mereka sangat tajam, hatta sepicing habuk terbang pun mereka dapat mengesannya. Seram bukan?

Penghuninya pula tidak kurangnya. Kebanyakan penghuni penjara Prior's Jail ini adalah penjahat bertaraf tinggi. Kalau setakat kesalahan mencuri panel solar, semua planet mempunyai penjara untuk menghukum pesalah yang melakukan kesalahan ringan.

"Bangun celaka!"

Suara parau menggemparkan ruangan yang kusam dan hapak itu. Beberapa banduan menerpa ke hadapan apabila menyedari makanan sudah tiba.

"Warggh!"

"Weuaawrghh!"

"Guargghh!"

Setiap derapak tapak kaki dua warden tersebut, terbang habuk-habuk kasar menerpa dek kulit tebal mereka.

Castello mencampakkan tray ke dalam satu-satu ruang penjara. Lutello tenang menolak troli yang berisi tray-tray makanan dengan wajah bengis. Kebanyakannya menyambar tray tersebut dengan rakus.

Ternyata semuanya kelaparan. Yang mana makanan tertumpah atas lantai, mereka akan makan sehingga licin.

Mana taknya, mereka hanya diberi makan dua kali sehari iaitu ketika matahari terbit dan ketika matahari terbenam.

Tiba di sel penjara yang terakhir, Castello mendegus melihat banduan yang menerpa dan menjerit-jerit.

"Arghhh! Sakittt!"

"Dasar orang tua gila!" Rengus Castello sambil mencampakkan makanan. Kemudian dia dan Lutello berlalu melalui lorong panjang yang berhabuk itu.

"Arghhh!!"

Banduan itu menjerit sekuat hati sambil berguling di lantai berhabuk itu. Bergema ruangan itu dengan suaranya. Banduan lain cuma merengus dan teruskan aktiviti makan mereka tanpa mengendahkan banduan di sel terakhir itu.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now