Luar biasa

511 30 0
                                    

(Planet Reutus)

Jet berkuasa tinggi mendarat perlahan di lapangan rumput biru. Beberapa ekor burung aneh riang terbang si udara. Langit oren kelihatan indah pagi itu seakan akan menyambut tetamu dari bumi.

Dua gadis itu turun perlahan sebaik sahaja kenderaan mendarat. Rumput biru kelihatan berkilauan basah dek titisan embun pagi. Perasaan mereka sukar ditafsirkan. Teruja? Gementar? Segalanya asing pada pandangan mata kasar mereka. Terlalu asing.

Langit berwarna oren....akan bertukar ungu ketika malam menjelma...

Rumput serta pokok-pokok yang aneh. .

Sekeliling mereka penuh dengan kehijauan tumbuhan yang sangat indah....

"Kami dilarang sama sekali memusnahkan pokok serta tumbuh-tumbuhan di sini. Semua kemajuan teknologi di sini tidak akan menjejaskan kehidupan flora dan fauna. Ketua negara kami amat cintakan alam semulajadi. Jadi undang-undang alam sekitar di Reutus amat ketat." Venus memecahkan kesunyian antara mereka. Matanya juga meliar melihat pokok-pokok gergasi yang tumbuh di kawasan sekitar.

Iya. Planet itu sebenarnya dilitupi oleh flora yang pelbagai warna dan bentuk. Pokok-pokok aneh tersergam indah di kiri dan kanan. Bunga-bunga liar tumbuh begitu banyak di sekeliling. Yang anehnya semua itu kelihatan rapi dan terjaga. Seolah-olah ada kuasa aneh menjaganya.

"Pernah tak penduduk di sini melanggar undang-undang tersebut? Apa kesannya?" Laura ingin tahu. Wahh...dia amat kagum dengan ketua planet itu. Hasil dari tindakan bijak pemimpin tersebut planet ini menjadi indah dengan latar belakang pemandangan dipenuhi dengan flora yang berbagai warna dan bentuk. Udaranya juga nyaman dan tenang.

"Pernah terjadi 30 tahun dahulu..." Venus memetik bunga merah gergasi. Bunga itu kemudian disimpan. Boleh dibuat minuman dan diberi pada gadis bumi untuk rasa.

Ada. Pernah berlaku 30 tahun lalu, dua beradik Nene dan meme, bertindak membakar pokok-pokok berhampiran rumah mereka. Mereka ingin membina kolam renang di situ.....

"Apabila perkara ini diketahui oleh ketua kerajaan. Memang sengaja cari nahaslah. Mereka ditahan dan dipaksa menanam semula benih-benih tumbuhan pada tempat pembakaran tersebut. Kerakyatan sebagai penduduk Reutus dilucutkan dan mereka dihukum. Mereka berdua dilenyapkan dari planet ini. Sehingga sekarang mereka gagal ditemui. Sejak kejadian itu, penduduk amat berhati-hati dalam menjaga alam sekitar mereka. Hatta tebang sebatang pokok pun dilarang diusik."

Rissa dan Laura berasa gerun. Biar betul? Takkan hilang macam tu je?

"Kabarnya nene dan meme dibuang ke planet lain jauh dari sini" Pluto menambah. Sebab peristiwa itu jugalah mereka amat mencintai flora dan fauna. Mereka menjaganya seperti nyawa mereka sendiri.

Pasti pembaca tertanya-tanya bagaimana pula keadaan di bandar Reutus atau dikenali sebagai Main city of Reutus oleh penduduk planet itu. Teknologi menjangkau luar fikiran ketika di Reutus main city tadi sangat mengejutkan. Memang patutlah planet itu berada di tangga teratas di antara seluruh kerajaan bimasakti.

Bangunan kerajaan satu-satunya bangunan terapung megah di situ. Suasana amat tenang dan nyaman. Hanya kelihatan beberapa robot gergasi berkawal di sekitar.
Mereka singgah sebentar atas urusan memberitahu dan mengesahkan kedatangan mereka di pejabat kerajaan Reutus. Satu perkataan bertulis visitor diukir oleh robot pada pergelangan tangan mereka. Menurut Venus, tulisan laser itu akan memudahkan kehidupan mereka di sini. Macam mana? Entah mereka kurang pasti.

☆☆☆☆☆☆

                                ☆☆☆☆☆☆

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Lagenda Kerajaan Reutus Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora