Makmal- New Update

641 43 0
                                    

Pluto menebarkan pandangan melalui dinding kaca makmal. Kelihatan beberapa kereta solar terapung tenang menyelusuri jalan magnetik. Seluruh kawasan diselaputi salji putih.

Sudah tiba waktu sejuk untuk tahun ini. Musim dia paling benci. Brr.. Beku sampai tulang rusuk woi!

Dia menggosok kedua tapak tangan bagi meredakan kesejukan yang menerpa tubuhnya.

Sudahnya dia menghampiri meja besar berwarna putih. Dia membelek beberapa batang pen. Bukan pen biasa yang digunakan untuk menulis. Pen itu boleh mengeluarkan kuasa laser.

Sesekali dia menjeling Venus yang sedang ralit membaca. Ni kalau aku laser mamat ni, best jugak! 

Hatinya nakal merancang sesuatu.

"Kau jangan ingat aku tak tau apa dalam fikiran kau!" Lelaki berbadan tegap itu mencerlung tajam ke arahnya. Dia kemudian mengalihkan bukunya dan meletaknya atas meja bulat.

Pluto hanya menyengih. Tajam sungguh naluri dia ini. Tak jadi mahu mengenakan lelaki itu.

Tidak apa. Hari lain ada lagi kan?

"Kau masih baca buku tu?" Keningnya bercantum.

Venus hanya memandang sekilas dan menapak ke pantry. Skrin kecil ditekan beberapa kali sebelum muncul sebiji gelas kaca yang berisi air panas.

Dia mencapai sachet air coklat, mengoyak dan menuang ke dalam gelas berisi air panas tadi.

Pluto mengeluh lembut. Memang selalu soalannya dibiarkan tidak dijawab. Siapa tak kenal, saintis kacak yang sombong dan beku itu?

Famous satu pusat saintis itu tahu? Kegilaan ramai pekerja wanita dalam bangunan setinggi 55 tingkat itu.

Dia mengambil sebiji kiub kecil dan satu kotak kaca sebesar kotak mancis. Matanya melilau mencari peralatan lain yang diperlukan.

"Manusia..."

Mendengar perkataan keramat itu, baru lelaki bermata helang itu mengangkat muka. Memandang sahabatnya tanpa riak.

"Apa yang kau nak tahu sangat?" Venus bersuara perlahan. Sesekali dia mencicip air coklat panas.

"Kenapa kita nak mintak tolong mereka? Planet kita aman damai kan? Rasanya tak perlu. Bangsa kita masih mampu melindungi planet kita sendiri.Teknologi kita jauh lebih baik dari teknologi bangsa manusia"

Venus menghela nafas. Mangkuk ayun ni tak faham lagi rupanya.

" ini bukan soal teknologi, Pluto. Ada sesuatu pada mereka yang mampu tolong kita mempertahankan planet tercinta kita ini. Dan yang paling penting hanya manusia dapat menghentikan peperangan galaksi yang berleluasa sejak kebelakangan ini"

"Aku tak faham lagi" Rungut Pluto tiba-tiba. Terasa lenguh berdiri kini dia mencangkung pula.

"Apa?" Venus membelek beberapa helai kot pelbagai warna. Kot ini mempunyai fungsi mengangkat beban berat dan juga menahan tembakan musuh terutama tenaga nuklear dan laser.

"Ala yang kau merepek dalam perpustakaan lama minggu lepas"

"Apa kau cakap? Aku merepek?" Suara venus naik seoktaf.

"Aku gurau. Chill bro" Pluto tersengih. Gurau sikit dah sentap. Macam perempuan!

"Unsur dalaman pada manusia itulah. Unsur apa yang kau maksudkan? Unsur tu dapat tolong selamatkan planet kita ke?" Suaranya bertukar serius.

Tiba-tiba pasu berhampirannya molompat, berputar dan bertukar menjadi robot kecil.
Serta merta lelaki bertubuh kecil itu terloncat dan rebah ke lantai.

Serta merta lelaki bertubuh kecil itu terloncat dan rebah ke lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aduhhh! Jahanam punya robot! Gugur jantung aku! Haishhh

Venus gelak besar. Itu pun nak terkejut. Robot kecil bernama techno itu bergegas ke arah Pluto yang masih terjelopok di lantai makmal.

....Tuan Pluto tidak apa-apa?....

"Diamlah Techno! Sengal punggung aku tahu tak! Lain kali kau nak bertukar bagitahu dulu! " Marah Pluto yang sudah tegak berdiri. Dahinya berkerut menahan sakit.

....Maaf tuan.....

"Sudah. Pluto tak apa-apa. Jangan risau Techno" Venus memandang Techno yang masih lagi di sisi lelaki kurus kering itu.

.....Kalau begitu saya sambung kerja. Maaf lagi sekali tuan Pluto......

Lelaki itu mengetap bibir. Rasa geram masih menebal. Robot kecil itu beredar. Venus menggelengkan kepala. Itu pun nak marah. Pluto...pluto..

"Aku jawab soalan kau tadi" Dia menekan satu punat di skrin. Muncul hologram memaparkan bangsa Ewya dan bangsa Feutus sedang berperang. Ramai yang terkorban dalam peperangan yang melibatkan teknologi tenaga laser tahap tinggi yang telah memusnahkan hampir keseluruhan planet Feutus. Kemudian terpapar wajah sayu anak kecil meratapi pemergian orang tersayang.

"Kau nampak tak yang kemusnahan bermaharaja lela. Yang lemah menjadi mangsa?"

Jatuh rahang Pluto. Bermadah pulak dah. Straight to the point please.

"Maksud aku peperangan seolah seolah menjadi perkara biasa dalam kalangan penduduk galaksi sejak kebelakangan ini."

"Planet berkuasa canggih sewenang wenangnya menyerang planet yang mundur. Sesetengah para pemimpin tertinggi planet tamak haloba ingin mengaut segala teknologi yang ada. Sampaikan kesatuan Planet Segalaksi pun tak mampu berbuat apa-apa. Tanpa kita sedar banyak planet mundur lenyap satu persatu" Terang Venus panjang lebar.

Pluto mengangguk perlahan. Saban hari tersiar kisah mengenai planet-planet yang diserang dan ramai terkorban. Mujur planet Reutus terletak agak jauh terpencil. Tambahan pula dengan sistem pertahanan ketat seluruh penjuru planet tersebut. Sekaligus mengundang perasaan gerun dan gentar para musuh pada planet ini.

Setakat ini belum ada teknologi yang boleh menandingi planet Reutus. Teknologi Reutus terletak pada tangga teratas dalam senarai teknologi terhebat dalam planet seluruh bimasakti.

"Kau rasa musuh target tak planet kita?" Soal Pluto lagi.

"Aku rasa planet kita ada dalam target sasaran mereka. Cuma mereka menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak"

Pluto menoleh ke arah hologram yang masih lagi memaparkan berita peperangan. Cemas mendengar pernyataan Venus. Namun dia yakin dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat, Reutus tidak mampu diserang oleh sesiapa!

"Jom" Venus menekan punat dan hologram tadi tertutup. Hoverboard hitamnya terbang perlahan menghampirinya. Rasanya peralatan yang diperlukan sudah mencukupi. Semua alat-alat diperlukan dimasukkan ke dalam kotak logam bersaiz sederhana.

"Eh..nak pergi mana?" Kotak logam tersebut mengecil dan membentuk sebiji bola kristal. Venus simpan di dalam poket seluarnya.

"Balik. Aku penat." Lelaki sasa bersuara rendah sambil mengemas mejanya yang berselerak.

Pluto hanya mengangguk. Dia merenggangkan badan bagi menghilangkan lenguh.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now