Dua sejoli

152 8 0
                                    

"Ingat kau tak datang hari ni. Kalau tak, pagi-pagi lagi dah terpacak kat sini." Suara garau Venus yang sedang duduk mengunyah di atas katil menyapanya.

Laura hanya mencebik dan duduk di sisi katil. Venus hanya menjongket kening melihat wajah masam gadis itu.

" Kenapa ni? Sepatutnya kau datang melawat aku dengan senyuman, bukan dengan muka ayam berak kapur kau tu."

" Awak okay?"

"Well..Sekurang-kurangnya aku masih bernyawa.." Lelaki itu sengaja menggantung ayatnya di situ.

Laura sekadar mengangguk. Sarkastik betul dia ni. Cakap tu cubalah lembut sikit. Heh.

Venus menjungkit kening. Senyap pula budak ni. Selalu, macam bertih jagung mulut tu.

"Kenapa diam? Tak ada apa nak borak dah rasa. Kau boleh balik, rehat. Tengok eye bag kau tu, aku rasa kau yang sakit."

Lelaki itu berbaring di katil hospital yang terapung.

Laura memicingkan anak matanya memandang Venus yang sudah tenggelam dalam ketawanya.

Eei...Kalau sihat walafiat, dah lama aku tumbuk muka mamat ni. Biar senget sebelah, jadi tak lawa. Membujang seumur hidup..

Haha kejam betul kau ni, Laura.

Anak matanya tidak lekang dari wad luar biasa itu. Ni kalau dia cerita dekat keluarga, kawan-kawan, mahu esoknya dia dihantar ke Tanjung Rambutan!

Sebab apa?

Sebab sewel, merepek tentang benda tak wujud.

Di sini teknologi sangat canggih. Katil terapung dan direka begitu selesa untuk keselesaan pesakit. Di sini juga tiada doktor atau nurse. Semua diambil alih oleh robot perubatan.

Bagi sakit ringan seperti demam, selsema dan lenguh badan, ada disediakan mesin khas untuk hilangkan penyakit ringan.

Namun bagi yang cedera parah akibat kemalangan besar atau perlawanan, akan dihantar ke hospital dan akan dirawat oleh robot berpengalaman.

Dia menoleh apabila terasa lengan sasa itu mencuitnya lembut.

"Oi, kenapa ni? Kalau kau terasa maaflah. Aku bukan halau kau. Tapi kau nampak macam kurang sihat. Jadi aku rasa baik kau balik berehat."

Gadia itu masih tunduk menekur lantai.

"Are you okay? Seems like you got something to tell me?" Rendah suara lelaki kacak itu bertanya.

"S...saya tak nak balik. I want to stay here with you." Air mata yang tertahan akhirnya tumpah jua. Dadanya perit menahan sebak

Venus bangkit dari perbaringan.
Tangan kasarnya mengusap perlahan kepala gadis itu.

"Saya risau sangat masa dapat tahu awak cedera parah. Saya takut..."

"Shhh..Aku tak apa-apa lah. Dah jangan nangis. Buruk rupa nanti." Lelaki itu merenung lama wajahnya. Kalaulah kau tahu, nama kau dah lama terukir dalam hati aku, Laura..

Cuma..

"Kenapa orang jahat tu serang awak? Saya hampir hilang awak tahu!"

Gadis itu menangis teresak-resak. Kenapa dia rasa aneh? Lelaki itu menjungkit keningnya perlahan.

Eh? Dia tersalah dengarkah?

"Wait..jangan cakap yang kau cintakan..."

Laura menyeka air mata. Aih, malunya menangis depan dia ni. Alamak, jangan sampai lelaki kacak itu tahu perasaanya itu.

Malu!

"Eh, jangan perasan! Saya ketuk awak nanti!" Laura menjegilkan matanya melihat lelaki yang sudah tersenyum simpul itu.

Hishh usik orang lah tu!

Venus menguntum senyuman. Ikhlas dan Manis. Jadi dia tak bertepuk sebelah tangan lah ni?

Hatinya sudah berbunga-bunga melihat gadis yang sudah tersipu malu itu. Sampai sudah Laura tak berani menentang mata helangnya itu.

Malu lah tu!

Comellah dia ni!

"Eh, senyum pulak. Nanti robot masuk, tak pasal terpikat dengan senyuman tu!" Hilang dah mood sedihnya. Mood nak bertekak sudah mari...hahaha.

Lelaki itu tergelak besar. Robot terpikat dengan dia?

"Lah, aku senyum salah. Buat muka ketat salah. Macam aku tak tahu berbakul kau mengumpat pasal muka serius aku ha?"

Laura mengigit bibirnya spontan. Macamana lelaki ini dapat tahu? Matilah dia?!

"Err mana ada! Jangan nak buat cerita! Jangan senyum!" Gugup gadia itu membalas.

"Cik adik, robot dekat sini mana ada perasaan macam kita. Mereka diprogramkan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit sahaja."

Laura mencebik.

"iyalah tu. Entah-entah dalam diam awak bercinta dengan robot perempuan tu. Cantik jugak dia tu."

Makin galaklah ketawa lelaki itu. Jauh betul imaginasi perempuan kan?

Susah betul dia nak baca.

"Kau jealous ke?" Venus menepuk bantal dan selamba menyandar di birai katil..

"Eh, tak lah. Baik saya jealous dengan batu kat bawah tu. Sekurangnya dia tak menyakitkan hati."

"Dahlah tu. Sakit perut aku dengar lawak kau ni. Simpan untuk esok okay. By the way kau bawak makanan apa untuk aku?

Oh, dia hampir terlupa. Leka bertekak dengan mamat ni, lupa tentang makanan yang dibawa.

"Nah. Tengok sendiri."

Beg kertas sederhana besar diserahkan pada lelaki itu.

"Wah, sedapnya! Kau masak?" Soal lelaki itu sambil mengeluarkan beberapa bekas makanan.

Bau harum menusuk hidung. Jadi ini ya, makanan penduduk bumi?

"Tak, jiran sebelah rumah masak."

Lelaki itu ketawa kecil.

"Oh, ni mesti jiran kau terpaut dekat aku yang hensem ni. Dia lawa tak?"

Laura mengemam bibir. Eh, budak ni. Eh silap. Bapak budak!

"Baik awak makan sebelum saya sumbat garfu dalam tekak tu!"

Mata gadis itu mencerlung tajam menikam wajah tampan lelaki itu.

Venus hanya ketawa selamba mendengar ugutan yang tak menjadi itu. Suara halus itu ibarat irama yang mendamaikan jiwanya.

Laura menjelir lidah kepada lelaki nakal itu. Harap muka je hensem. Perangai..

Nauzubillah!

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now