Bimasakti Highway

497 33 0
                                    

Kedua-dua gadis bumi itu kaku tidak bergerak dari kerusi jet berkuasa cahaya itu. Gugusan bintang berkilauan seakan mengalu-alukan kedatangan mereka.

Di luar jendela jet laju kelihatan pemandangan angkasa yang sangat memukau. Planet pelbagai rupa bentuk menghiasi pandangan sepanjang perjalanan mereka. Sesekali jet berkuasa lain memecut melintasi mereka.

"Err ..Encik Venus?" Lelaki tampan yang sedang merenung papan lutsinar kawalan jet menoleh.

"Iya saya, Laura? Panggil Vens saja. Tak perlu berencik dengan saya." Mata laura terpaku melihat senyuman lelaki itu. Sungguh menawan.

"Jauh lagi ke perjalanan kita?" Wajah Laura mula memerah. Lain macam pula panggil nama sahaja.

" Lagi empat hari kita sampailah. Jangan risau, teknologi kami cipta mampu memendekkan jarak perjalanan." Ujar lelaki itu lagi.

"Tanpa teknologi ciptaan ni, agak-agak bila kita sampai?"

"Err dalam 10 tahun mungkin."

Mak ai! Tak sangka hebat betul teknologi mereka.

Laura tersenyum. Mata lelaki itu aneh. Sebelah bewarna biru, sebelah lagi berwarna hijau. Tetapi cantik.

Kalau pakai kapal angkasa biasa ni, mau beruban dia baru sampai ni..Eh, tak. Mau hancur jasad dikandung tanah dulu baru sampai. Eh, apa aku merepek ni? Mana dapat tanah kat angkasa lepas ni Laura oi?

"Erm jauh ke planet awak dari bumi?"

"Sangat jauh, Laura. Bumi berada dalam galaksi Bimasakti. Reutus pula berada dalam galaksi Andromeda." Lelaki itu masih lagi tersenyum. Haih, kenapalah helok sangat rupa mamat ni. Terseksa jiwa batinnya!

"Planet Pluto yang berada di tempat ke sembilan mengelilingi matahari dilaporkan hilang. Betul ke? Awak ada dengar tentang planet itu?" Dia ingat ada galaksi bimasakti saja di angkasaraya..banyak jenis galaksi juga rupanya. Entah kenapa dia teringat pada planet Pluto.

"Planet berais itu? Kawan aku ramai berasal dari sana Laura. Tak ada pulak mereka beritahu apa-apa. Riang ceria macam kanak-kanak ribena saja!" Venus tersengih.

"Oh.. Bukan Pluto hilang la macam tu?"

"Aku ada ni ha. Tak hilang ke mana."

Empat pasang mata menoleh ke arah lelaki berambut kuning. Eh?

"Bukan kau. Planet Pluto di Galaksi bima sakti."

"Oh.." Dia menggaru kepala. Dia pun hairan bin ajaib kenapa ayahnya letak nama itu. Bagilah nama gah sikit. Macam Meteor ke..Elektromagnetik ke. Mungkin ayahnya dulu peminat tegar planet Pluto barangkali.

"Haha...Planet Pluto ada saja sebenarnya. Mungkin ada sesuatu yang menghalang peralatan yang digunakan manusia ketika aktiviti penerokaan angkasa dilakukan?"

"Mungkin juga." Laura mengangguk laju. Takkanlah tiba-tiba hilang pulak kan. Misteri sungguh planet itu!

"Boleh bawa saya ke Pluto? Teringin nak pergi." Laura tayang sengih.

"Boleh Laura. Nanti aku bawakan Laura ke Pluto. Aku ada sahabat baik di sana" Venus tersenyum manis.

"Korang panggil aku ke?" Getus satu suara.

Laura dan Venus berpandangan seketika. Eh? Ruangan Jet itu bergema dengan gelak ketawa.

"Kami bincang pasal planet Plutolah bukan pasal kau."

"Ohh hehe.." Pluto tersengih malu. Rasa nak menyorok bawah kerusi Jet pun ada.

"Aduh!"

Lelaki berambut kuning, bertubuh kurus dijeling. Sedap-sedap dia pijak kaki aku?

"Maaf" Sepatah saja yang terucap dari bibir.

"Jangan terlalu kasar, Pluto. Manusia punya deria amat sensitif. " Lelaki berambut hitam pekat menoleh seketika.

" iyalah..iyalah..tadi aku tak sengaja terpijak." Gumam pluto. Kakinya diluruskan lenguh pula terasa.

Dasar alien tak ada perasaan! cis.

"Apa kau kata?" Pluto menoleh sekilas.

Alamak! Terlepas pulak. Adui Rissa...

"Dasar manusia lemah!" Desis Pluto pula. Giliran Arissa pula mengetap gigi. Lelaki macam ni tak boleh bagi muka.

"Selemah-lemah kami, kami juga yang kau minta pertolongan! Tak sedar diri" Gumamnya.

"Perempuan gila!"

"Lelaki tak kenang budi!"

"Plutoooo!" Suara Venus meninggi. Hishh dengan perempuan pun nak bertekak.Dari jauh terlihat planet berwarna-warni.

....Kita hampir sampai ke Oberon. Kelajuan ditingkatkan 80%....

"Kita singgah sekejap di oberon ya?Oberon tu bulan kedua terbesar Planet Uranus." Venus bersuara tenang sambil mencuri pandang ke arah Laura. Gadis cantik itu berkerut sedikit. Comel!

"Kenapa kita tak teruskan saja perjalanan?" Pluto mencelah.

"Aku nak topup bekalan. Hampir habis."

Mereka bertiga mengangguk serentak.
Jet berkuasa tinggi itu meluncur laju membelah galaksi. Pluto hanya mencebik menoleh ke belakang. Arissa membalas dengan jeliran lidah.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now