Waterfall

185 9 0
                                    

Ia menghasilkan bunyi yang cukup menenangkan apabila air mengalir jatuh menghempas batu-batuan permata. Laura mendongak perlahan. Matanya dipejamkan.

Tenang sungguh bunyi deruan air terjun!

Air terjun berketinggian 77 meter yang berwarna hijau kristal itu sangat memukau pandangan matanya. Air yang beralun jatuh itu direnung asyik. Semua masalah seakan hilang begitu sahaja.

"Kau tak mandi sekali?"

Laura mencecahkan kaki ke gigi air. Tak sejuk ke air ni? Spontan dia menarik kakinya ke atas.

"Sejuklah! Tak nak." Gadis itu menggeleng perlahan. Cukuplah dia main celup kaki.

Lelaki itu beriak bersahaja. Dia berlalu memanjat batu warna-warni.

Apa dia nak buat tu?

BUSH!

Kelibat lelaki berbadan tegap itu hilang didalam air jenih itu.

Terangkat bahunya terkejut. Haih, mamat ni.

Terkejut dia.

❤️❤️❤️❤️

"Hoi, termenung apa tu?"

Laura tersentak. Hampir dia jatuh ke dalam air jernih bewarna hijau itu.

"Hish awak ni. Nasib saya tak jatuh!"

"Kalau jatuh, naiklah sendiri. Air ni tak dalam pun."

Laura mendecit geram. Lelaki itu tinggi lampai tak apalah. Takat dada saja.

Kalau dia yang pendek ni, mahu tenggelam tak timbul terus gamaknya!

"Ha, mengata akulah tu."

Gadis itu menjelingnya. Kuat betul instinct dia ni. Ada kuasa baca fikiran orang ke?

Tuala disangkut di dahan pokok dicapai. Dia mengesat rambut greynya yang basah.

"Nanti kita hubungi dia. Mesti dia risau kan. Bolehlah kau borak panjang dengan dia." Suara garau itu meninggi melawan suara air terjun.

"Hah?" Gadis itu blur.

"Kau rindu Arissa kan? Nanti balik kita hubungi dia."

Gadis itu terkesima. Terharunya terasa.

Dia boleh baca fikiran aku ke?

"Heh, menung apa lagi tu? Lift angkasa dah sampai tu. Lambat aku tinggal."

Laura lantas bangun. Baru dia ingat yang mereka mempunyai masa 3 jam berada di atas ini.

Dia mengeluh. Masa bergerak terlalu pantas.

Selamat tinggal, air terjun cantik.

Moga bertemu lagi.

"Tak payah nak sedih. Nanti aku bawa kau ke sini lagi. Kita duduk lama sikit. Ada rumah tumpang kalau kita naik tinggi sikit dari air terjun tadi."

Gadis itu mendongak melihat wajah maskulin itu. Pintu lift kaca tertutup dan bergerak turun dengan perlahan.

"Terima kasih bawa saya ke sini." Dia senyum manis kepada jejaka itu.

"Hmm." Balasnya pendek. Pandangannya tertancap pada pandangan memukau di luar.

Dia mencuri pandang wajah lembut itu. Dia lega kerana gadis itu sudah boleh tersenyum. Sengaja dia bawa gadis itu ke sini untuk menceriakannya sedikit.

Siapa tidak trauma bila diculik kemudian dikurung dalam sel yang gelap, busuk dan teruk bukan?

Semoga dengan membawanya menaiki lift kaca dan melawat air terjun ini dapat menghilangkan trauma dan membuatkan gadis itu melupakan peristiwa buruk itu.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now