"Dah lah bro, aku nak masuk rehat dulu.. Esok kita nak cari harta karun.. Kau jangan lupa tutup lampu semua lepas dah habis guna bilik ni.. Aku juga kena bayar nanti" Rafael terus membawa langkah keluar dari bilik itu

Aryan masih diam kaku di tempatnya

"Bro, kau sayang dia rupanya.. Aku ingatkan kau tak sayang dia"

Betul ke dia sayang? Rasanya tidak

Sayangnya masih kepada Khaira

Keluhan lemah terlepas dari bibir

Semua ini dilakukan hanya kerana janjinya pada Tengku Alham dan rasa kasihan dengan hidup gadis itu

🌹

Tidur Adriana terganggu akibat sinaran mentari yang mula menerombosi tingkap-tingkap kaca.. Mata yang terasa susah untuk dicelik digosok-gosok beberapa kali untuk menghilangkan kantuk

Fikirannya menerawang memikirkan hal semalam.. Rasanya semalam dia ada lakukan sesuatu tapi entah apa.. Adriana masih tenang berbaring di situ sebelum hal semalam menerjah ke minda semula

"Aryan!" telefon bimbit kalut digapai

Message daripada Aryan terus dibuka

Sorry, aku ada kerja lagi dekat Penang.. Maybe esok aku balik ;)

Nafas lega akhirnya dapat dihembus.. Nasib tiada apa-apa yang berlaku.. Badan terus direbahkan kembali di atas sofa.. Dibetulkan posisi supaya lebih selesa.. Mata dipejam semula untuk menyambung tidurnya namun perkara lain pula yang mengganggu tidurnya

Kaki terus memijak lantai dan bilik tidur di tingkat atas dituju.. Beg tangan miliknya digeledah untuk mencari sesuatu yang telah lama dia simpan

"Haish mana polaroid tu" wajah Aryan dan Khaira yang terhias di atas sekeping polaroid yang telah dia ambil dahulu dicari

Segala barang yang tersimpan di dalam beg dikeluarkan, memandangkan dia memang sejenis yang akan gunakan satu barang sampai rosak jadi semua barang tersimpan di dalam beg jenama polo itu

"Hmmm takkan hilang" nafas berat dilepaskan, baru terdetik di hati mahu membaca setiap bait perkataan yang tertulis di belakang polaroid itu.. Menyesal tak kesudah lah jawabnya

Setiap barang yang bersepah di atas lantai di ambil dan diletakkan semula di dalam beg.. Dompet berwarna maroon miliknya pulak digeledah, mana tahu ada?

Tetapi lain pulak yang dijumpai.. Gambar polaroid lima sekawan itu diperhati.. Perlahan jari runcing Adriana naik mengusap setiap wajah kawan-kawannya.. Air mata yang bergenang di tubir mata diabaikan

Rindu

Persahabatan dan keakraban antara dia, Khaira, Camelia, Arisha dan Hana sudah lama berakhir namun hati ini hanya rindu

Gambar yang diambil semasa kem jati diri tujuh tahu lepas diperhati.. Gambar yang diambil sebelum Khaira hilang di dalam hutan, sebelum hatinya yang sudah terluka makin berdarah

"Kau tahu tak Adriana?"

"Apa?" Adriana melihat Camelia

"Kitaorang tahu wasiat arwah nenek dekat kau.. Kitaorang tahu semuanya" Camelia mengetap giginya

"Ma..macam mana?"

"Kitaorang ada masa kau pergi library dan kitaorang tanya atuk pasal benda ni" jawab Hana

"TAPI KENAPA KAU TAK AMANAH?! KENAPA KAU PENTINGKAN DIRI SENDIRI HANYA DISEBABKAN LELAKI" amuk Camelia.. Adriana menunduk

"Kau tahu kenapa wasiat tu jatuh pada kau? Sebab atuk percayakan kau untuk jaga kitaorang terutamanya Khaira.. Dia permata keluarga Alexandra! Kita semua sayang dia sangat! Dia sentiasa ada dengan kitaorang everytime we need her.. even dia duduk dekat Paris dulu.. Dia yang selalu tolong kita.. Dia yang selalu tolong family dalam diam.. Kau tak nampak Adriana .. Sebab kau SELFISH!" marah Camelia

Atuk percayakan dia? Adriana tergelak perlahan, rasa sakit di hati hanya diabaikan.. Kini dia tahu bahawa Tengku Haris bukan percayakannya tetapi gunakannya.. Jadikan dia sebagai galang ganti untuk setiap rasa sakit.. Hanya kerana salah diri sendiri, dia yang menjadi mangsa.. Hanya kerana mahu melindungi permata, dirinya tersakiti

"Dia banyak musuh Adriana! Separuh harta Alexandra akan jatuh pada dia! Semua dekat luar sana cuba jatuhkan dia.. Mana kau untuk protect dia.. Kami dah banyak kali cuba protect dia.. Masa kau takde banyak kali dia kena serang tapi kami ada untuk selamatkan dia! Tapi harini kami tak sempat buat apa.. Kami hanya harapkan kau Adriana! Mana kau untuk sentiasa ada dengan dia! Mana janji kau akan jaga dia" air mata Camelia bertakung

"Tolonglah.. Hidup dia daripada kecil tak pernah aman.. Dia pendam segalanya.. Aku harap dia okay" Hana berkata

"Kitaorang selalu protect dia daripada jauh.. Everytime.. Dia pergi Paris pun kitaorang tahu keadaan dia dekat sana.. Kitaorang tak bagi orang sebarangan rapat dengan dia.. Walaupun dia tak tahu kitaorang protect dia" Arisha mengesat air matanya

Padahal Adriana yang sentiasa menjadi bayang Khaira.. Terkadang dia turut menjadi bayang mereka bertiga.. Ketika mereka katakan yang mereka menjaga setiap langkah Khaira, luka yang sepatutnya mereka dapat tertusuk pada dia

"Kenapa hidup aku macam ni" perlahan dia bersuara












🌹
Ada yang rindu Khaira tak? Heheheh

Kalau tanya sis, sis tak rindu Khaira tapi sis rindu korang🥺✊❤️

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now