"Abang hari tu datang" berkerut dahi Adriana cuba memproses.. Siapa abang hari tu? Sesaat, dua sesaat, tiga saat, dahi Adriana sudah hilang kerutannya.. Rafael huh

"Suruh dia masuk" Adam angguk sebelum berlalu pergi.. Adriana membetulkan duduknya, muka yang nampak serabut ditepuk-tepuk beberapa kali supaya kembali normal dan tenang seperti sediakala

"Hai my sweetie !" kenyitan mata dihadiahkan

"Kepala hangguk kau sweetie!" jelingan tajam dihadiahkan pada Rafael.. Macam-macam la mamat ni!

Tempat berhadapan Adriana diambil, jelingan Adriana diabaikan.. Senyuman manis dihadiahkan pada puteri di hadapannya

"Kau apahal senyum-senyum macam kerang busuk"

"Congrats!"

"For?" berkerut dahi Adriana.. Memang hari ni dahi dia kena selalu berkerut ke.. Boleh cepat tua la gini haish

"Misi kau"

"Aku tak sangka kau boleh bawak watak cam gini!" ibu jari diangkat.. Adriana tersenyum sinis

"Come on lah! Belasan tahun kot aku berlakon depan semua orang.. Setakat depan perempuan tu apa la sangat" Rafael tersentak sebelum keluhannya terlepas

"Look Adriana, aku—"

"Rafael, aku okey" Adriana tersenyum nipis.. Sekali lagi, keluhan terlepas dari bibir lelaki itu.. Sekeping sampul diletakkan di atas meja dan ditolak ke arah Adriana

"Lily Nafira" Adriana mengangguk, sampul itu diambil dan dibuka.. Setiap gambar perbuatan jenayah gadis itu ditilik satu persatu

"Kau tangkap je lah dia"

"Tak boleh.. Kalau aku tangkap dia hari ni, esok dia akan bebas semula.. Jadi, aku mesti cari lagi banyak bukti supaya ikat jamin sekalipun dia tak dapat dibebaskan"

"Mak mertua aku nak jodohkan dia dengan laki aku" gambar Lily diletak semula di atas meja

"Kau kata apa dekat mak mertau kau lepas tu?" Rafael mengangkat keningnya

"Aku pujuk dia lah — emm tak— aku merayu, kau gila ke nak bagi laki aku tu kahwin dengan perempuan gila ni.. Memang tak lah! Langkah dulu mayat aku" Adriana merengus perlahan, kenapa mummy tiba-tiba jadi lain macam lepas accident ni.. Haish!

"Aku rasa baik kau izinkan je"

"Kalau dia bunuh laki aku macam mana? Aku tak nak jadi janda!" tajam mata Adriana memanah anak mata Rafael.. Melampau hah!

Rafael berdehem kecil sebelum membetulkan duduknya.. Kakak! Janganlah tengok macam tu! Saya takut kak!

"Takpe, aku ada untuk ambil kau jadi bini"

"Aduh" tidak sampai sesaat dia menuturkan ayat itu, dahinya sudah merah dibaling pen.. Rafael memegang dahinya

"Aku tak nak kau" Rafael mencebik.. Jual mahal! Ceit

"Kau—" kata Rafael terhenti apabila telefon Adriana berdering.. Rafael hanya diam.. Jangan risau! Percakapannya selalu dipotong! Takpe, abang inspektor dah biasa

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now