"Ok Fine!" Aryan tersenyum sinis

"Balik cepat! Kalau tak saya pergi sorang" ugut Adriana

"Pergi lah kalau kau nak rasa tidur kat luar rumah malam ni"ternganga mulut Adriana di sebelah sana, aku kena ugut balik ke?

"Buat lah kalau awak berani! Saya lari rumah!"

"Lari la kalau kau nak mengandung lepas tu" Adriana turut tergamam.. What the—

"Eee apa awak ni!"

"Apa?

"Ishh! Bye!" terus Adriana matikan panggilan, sempat Aryan mendengar rengusan Adriana.. Senyum nipis terlakar di bibir, rasa seronok entah mengapa

Telefon terus dilepaskan di dalam poket seluar sebelum dirinya terempuh seseorang.. Gadis yang mahu jatuh kebelakang itu terus Aryan tarik lengannya.. Belakangnya ada tangga, kalau dia jatuh habis berguling-guling sampai ke bawah sana

Gadis itu tergamam melihat wajah Aryan, lama dia merenung wajah lelaki itu sebelum tersedar apabila Aryan berdehem.. Terus dia menstabilkan kakinya

Aryan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Adriana lebih penting sekarang ni hekhek

Dia berjalan menuju ke bilik pengetua.. 4 Prince yang baru mendaki tangga terus membelok ke kanan untuk ke kelas.. Secara tidak sengaja Aryan terlanggar bahunya hingga menyebabkan dia hampir jatuh.. Aryan terus memeluk pinggangnya

'Asal jantung aku berdebar sangat ni'

Dia mengalihkan pandangan memerhatikan mata Aryan dengan lebih lama sehingga dia tidak sedar bahawa dia telahpun tenggelam dalam merenung mata lelaki itu

"Ehem" deheman Aryan yang masih memeluk pinggangnya telah menyedarkan dia ke alam nyata

Cepat-cepat dia berdiri tegak semula

Dejavu!

Terus dia kalihkan kepala untuk melihat lelaki itu semula tetapi kelibatnya sudah hilang

"Aryan"

🌹

Adriana berdiri tegak di hadapan pintu rumah Tengku Ahmad, perasaan takut mula hadir di dalam diri. Kalau kepala dia jadi sasaran lagi macam mana?

Balik ke tak? Balik ke tak? Balik ke tak? Balik je lah, esok lusa kau datang balik

Dengan kepala masih tertunduk memandang lantai, Adriana terus berpusing.. Baru melangkah setapak kepalanya terlanggar tiang.. Eh bukan tiang! Acah je.. Dia terlanggar Aryan yang masih setia di belakangnya sejak tadi.. Terus wajah diangkat memandang hadapan

"Kita balik nak?" ajak Adriana lembut, tolong lah setuju

"Takde takde, tadi kau juga kalut nak datang sini" Adriana mencebik

"Alaaaaa kita balik laaaa, esok kita datang balik" wajah dicomelkan, sejak bila tak tahu dia berani hadap Aryan.. Lelaki tu pun okey je layan dia macam membe-membe

Terangkat kening Aryan sebelum dia tersenyum sinis

"Mummy!" panggil Aryan setelah menangkap kelibat Puan Sri Rafidah yang tenang duduk di atas bangku di hadapan kebun bunga.. Kaki terus melangkah ke arah mummy tercintanya

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now