Adriana terus bangkit dan berjalan menghampiri Tania, kolar baju yang dipakai Tania dicekak kuat

"Kau ulang sekali lagi"

"Kau siapa perempuan?! Jangan menyibuk boleh tak!" tangan yang mencekak kolar bajunya ditolak kuat tapi tak berhasil. Adriana tersenyum sinis, tajam matanya memandang Tania

"Aku anak kepada boss yang dah mampus tu!" pekerja-pekerja yang berada di kaunter membulat mata memandang Adriana.. Bakal boss baru ke ni?

"Heh kau la anak perempuan tua bangka tu" ejek Tania sebelum tersenyum kemenangan melihat wajah kemerahan Adriana tetapi tidak lama apabila kepalanya terteleng ke kiri.. Dapat rasakan darah yang mengalir di hujung bibirnya

"Berapa share perempuan murahan ni?" matanya tertumpu pada Farah di belakangnya

"10%" jawapan Farah berjaya membuatkan Adriana tergelak kuat

"10 peratus je!" Farah mengangguk mengiyakan

"Aku akan bayar balik duit kau tu! Jangan sesekali kau tunjuk muka dekat Cafe ni lagi" tajam mata Tania melihat Adriana, tak guna punya perempuan! Kau malukan aku depan ramai orang

"Oh sebelum tu—" telefon milik Tania dirampas kasar dan dibaling kuat ke lantai.. Retak seribu telefon itu dan Adriana jamin tidak boleh dibaiki semula

Membulat mata Tania dan pekerja Cafe itu

"Aku akan ganti balik esok"

"Kau! Aku akan saman kau!" tangan ditunding ke arah wajah Adriana

"Atas sebab?" tenang Adriana membalas

"Kau tampar aku! Kau tak hormat pelanggan!"

"Oh kau pelanggan? Pelanggan yang acah-acah ada share banyak dalam Cafe ni sampai nak ambil Cafe ni macam tu je? Dan aku tampar kau? Kau ada bukti?" Adriana tersenyum sinis, wajah Tania memerah menahan malu.. Heh, ni juara debat dengan musuh masa dekat sekolah dulu la

"Aku boleh tanya diorang dan pelanggan kat sini!" tangan Tania menunjuk ke arah pekerja Cafe ini dan beberapa pelanggan

Adriana tergelak lucu

"Aku tak sangka kau bodoh sampai macam ni sekali.. Kau jamin ke diorang nak bela kau? Cik Tania cuba tengok belakang.. Ada berapa je pelanggan dalam Cafe ni dan semua sibuk buat hal sendiri.. Tak pandang sini pun" beberapa pelanggan yang masih dalam dunia sendiri.. Di telinga tersumbat earphone.. Boleh dikatakan, Cafe ini tempat untuk menenangkan diri kerana mempunyai tempat yang terlalu selesa

Tania terdiam sendiri

"Kau balik lah Tania, esok aku post telefon dan duit dekat depan rumah kau" Tania merengus dan terus berlalu pergi.. Tidak betah berlama-lama dalam Cafe ini

"Cik Mikayla" Farah yang berada di belakang Adriana menegurnya

"Yes?"

"Cik dah mula ambil alih Cafe ni?" berhati-hati Farah menyoal.. Adriana hanya mengangguk

"Baguslah!" Farah tersenyum lega, kuranglah beban di bahunya

"Nak saya tunjukkan bilik Cik Mikayla?"

"No need! Lusa baru saya mula bekerja sepenuhnya di sini. Kak Farah boleh uruskan Cafe sementara tu?" Farah mengangguk sambil tersenyum, setakat dua hari apa la sangat

"Kalau macam tu saya balik dulu, makanan free kan?" selamba Adriana bertanya.. Farah hanya mengangguk sebelum tergelak kecil. Gila kau nak minta duit, mahunya esok kau tak nampak bayang Kayla's Cafe

🌹

"Asal kau lambat?" tajam matanya memandang Rafael di hadapan.. Kalut lelaki itu menarik kerusi sebelum melabuhkan duduk

"Aku ada hal tadi. Kau pun ajak time-time macam ni" wajah Adriana dijeling sekilas sebelum dia membuang pandang memandang syarikat guaman di luar restoran western itu

"Hello! Sekarang waktu lunch, bukan salah aku" Adriana berpeluk tubuh, rasa seronok pula berdebat.. Hmm mahu tak rasa seronok, berdebat dengan orang ni dia dah tinggalkan sejak keluar dari sekolah menengah

Rafael berdecit

"Kau pandai melawan eh sekarang"

"Aku ada mulut, aku lawan la balik" Rafael mengecilkan matanya, tak guna!

"Dah la, aku nak order.. Cakap dengan kau boleh kebulur aku"

"Tak payah, aku dah orderkan untuk kau" bersinar mata Rafael

"Kau bayar sekali la kan?" Adriana menarik dan menghembus nafasnya perlahan

"Kau. Bayar" tekan Adriana

"Ish kau ni! Dari dulu aku yang kena bayar, apa kata kau pula belanja aku" mata dibulatkan gaya puppy memandang Adriana.. Naik geli-geliman Adriana memandangnya sebelum dia mengangguk.. Terus Rafael tersenyum puas

"Tu! Tangan kau tu kenapa?" soal Adriana apabila melihat sebelah lengan Rafael berbalut dengan bandage

"Biasalah" Adriana menggulingkan matanya ke atas

"So, macam mana dengan plan kita tu?" Rafael membetulkan duduknya, suara mula bertukar serius

"Ak—aku tak tahu! Dah bertahun kita rancang, semua tak jadi.. Kali ni aku takut dia dapat bau lagi" Adriana mengeluh perlahan

"Kau tak payah risau lah, kita banyak plan kali ni dan pihak aku pun terlibat.. Mesti boleh tangkap dia"

"Aku risau Rafael. Dia licik! Sama macam ayah dia.. Aku tak nak orang lain terkorban lagi" bibir bawah digigit perlahan.. Sungguh dia tak sanggup hilang orang lain pula, terutama lelaki itu, suaminya.. Dia bergantung harap pada Aryan sejak mama dan papa sudah tiada walaupun lelaki itu jarang pulang ke rumah.. Aryan selalu tinggal di rumah ibu mertuanya, memudahkan lelaki itu untuk menjaga mummy dan dia, lebih selesa tinggal di apartment Aryan.. Belum bersedia mahu bertemu Puan Sri Rafidah, tersilap langkah mahu kuali pula sampai di kepalanya

"Kau jangan risau, aku jamin semua berjalan lancar.. Just stick to our plan"























🌹

Kenapa sis rasa perangai Adriana lain eh?  ❤️🥺

Sad ending? 🙃

Happy ending? 🙂

Ha pilih la korang, sis ikutkan je 🌹

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now