🌙 ㅡ 90

385 48 9
                                    

Jungkook's POV •

Aku memandang Luna yang duduk sambil tersenyum di hadapan aku. Sejak tinggal di bumi dengan aku, dia semakin pandai sesuaikan diri dia. Selesai sahaja aku memesan makanan tadi, dia terus ambil sudu dan penyepit dua set dan letak di tepi aku dan dia. Pinggan yang telah tersedia juga dia susun.

Sekarang dia masih menunggu pesanan sampai sambil kedua-dua tangan dirapatkan dengan penyepit dipegang olehnya. Aku tersengih. Teruja betul budak seorang ni nak makan.

Padahal aku bawa dia ke kedai barbeque je. Kesian dia kalau tahu nanti yang datang cuma side dishes bersama beberapa pinggan daging yang belum dimasak. Tabahlah, Luna.

Setelah 5 minit menunggu, pesanan pun sampai. Luna dah sedia nak melahap. Kesian, daging belum masak lagi tapi penyepit dia baru nak mengambil kepingan daging itu. Sempat aku tepis penyepit dia sebelum kepingan besar itu dia masukkan ke dalam mulut. Masalah betul budak ni.

" Kenapa? " Alahai nak tergelak aku tengok muka polos dia dengan matanya membulat memandang aku.

" Belum masak lagi. Tak boleh makan, nanti sakit perut. "

" Laaaaa habis tu kenapa awak pesan makanan yang belum masak? "

" Dah nama ni kedai barbeque, memang kitalah yang masak. " Dia mencebik. Penyepit diletakkan di atas meja. Lebih tepat lagi, dihempas di atas meja. Nak mogok ler tu.

" Malas betul pemilik kedai ni. Bukak kedai makan tapi taknak masak. Kita pulak yang masak. Dia dapat duit je. " Aku ketuk kepala dia guna sudu. Mengaduh dia sambil tangannya mengusap kepalanya itu.

" Taknak makan sudah. Biar aku yang masak, aku yang makan semua. "

" EEEEE DASAR GELOJOH! "

" HABIS TU KAU TAKNAK MAKAN, NASIB KAU LAH. BEBEL JE BANYAK, MASAK TAKNAK. "

" HISHHH FINE! SORRY! " Laju tangan dia mengambil penyepit untuk mencapai kepingan daging. Diletakknya satu keping daging di atas pemanggang itu. Cepat je belajar grill daging lepas tengok aku. Yang lain, lambat pulak dia nak belajar.

Haish, perempuan. Pasal makanan mesti laju.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now