🌙 ㅡ 51

516 66 3
                                    

Jungkook's POV •

Aku mengetap bibir aku. Luna sekadar terbaring lesu di atas katil Hana. Aku mengeluh kecil. Kepala aku pening memikirkan sebab Luna tetiba pengsan di dalam tandas.

Aku tadi didatangi seorang ahjumma semasa aku masih meneguk air mineral di kerusi taman. Ahjumma itu memberitahu tentang Luna kepada aku. Dia kata yang semasa dia bersenam tadi dia nampak Luna dengan aku. Kuat betul memori ahjumma tu sampaikan dia ingat muka aku dengan Luna.

Ke ahjumma tu ada hati kat aku? Orang cakap bila kau ada hati kat seseorang ni, kau akan senang ingat muka dia. Walaupun kau tak kenal orang tu. Bak kata Halsey, Beautiful Stranger gitu.

Eh apa aku merepek ni? Luna masih lagi tidur di atas katil Hana ni tapi aku boleh pulak berfikiran merapu kat sini.

Haish Luna. Sakit pulak kau ni tetiba.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now