🌙 ㅡ 8

777 102 6
                                    

Jungkook's POV •

" Saya kan gadis bulan. Sementara saya masih pakai baju ni dan ada wand ni dan jugak ayahanda saya tak tahu saya ni larikan diri, selagi tu saya ada kuasa. Saya boleh cakap dalam pelbagai bahasa, saya boleh dengar suara orang yang bercakap dengan awak di telefon, saya boleh terbang, saya boleh buat transformation, saya malahan boleh pergi ke sesuatu tempat yang jauh in the speed of light. " Katanya teruja sambil tangannya membelai wand perangnya itu.

" Habis tu, kenapa kau tak pergi tempat lain? Kenapa kau nak duduk sini jugak? "

" Ohhh, itu tadi sebab saya tak ada wand ni. Saya ingatkan kuasa saya dah ditarik balik. Rupanya belum. Kebetulan tadi masa awak nak lari dari saya, saya cuba untuk akses kuasa saya dan tadaaaa! Dapat. Hehe! " Aku mengeluh. Kenapalah harini hidup aku malang sangat?

Dahlah aku dari tadi mesej Yeona tapi sampai sekarang satu habuk pun dia tak reply. Dah beratus mesej aku hantar, tapu dia tetap senyap.

" Tapi kenapa rumah aku ni jugak kau pergi? Taknak pergi tempat lain? " Dia memandang aku dan seraya itu ekspresi mukanya berubah. Mulutnya dimuncungkan dan dia memandang ke lantai.

" Sebab awak macam baik je. Awak ada iras abang saya yang dah dibuang ke bumi. Saya rindu dia dan bila saya nampak awak, saya yakin awak akan terima saya untuk tinggal kat sini untuk sementara waktu dan jaga saya dengan baik. Dapat jugak saya merasa macam saya ni dijaga dengan abang saya. " Aku memerhatinya sejenak.

Haish. Kesian pulak aku dengan dia ni. Tapi  Hana pun aku rasa dah menyusahkan, ini pulak tetiba ada sorang budak yang nak aku anggap dia ni adik aku.

Alahai, kenapalah semua orang di dunia ni menyusahkan aku?!

Aku tak buat apa salah pun, cuma terlambat nak jumpa Yeona je kot!!!

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now