🌙 ㅡ 55

499 68 7
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

Raérlevla Kingdom ━

" APA?! MACAM MANA BOLEH BERKURANG?! " Mata Raja André tajam memandang Ethan. Seperti biasa, Ethan sekadar tunduk dan diam seribu bahasa.

" JAWAB SAYA ETHAN! "

" Err... Gelang, tuanku. Puteri Luna pakai gelang itu.. "

" Gelang? " Tanya Permaisuri Auleira apabila dia tiba di dalam bilik kerja Raja André. Terkejut dirinya bila mendengar jeritan Raja André yang bergema tadi.

" Siapa yang beri gelang? " Kini mata Ethan beralih kepada Leo, pakar meramal, menilik, membaca tentang diri seseorang dan banyak lagi benda yang dia boleh buat, untuk Raérlevla Kingdom. Ethan mengangguk ke arah dia dan dia membalas kembali tindakan Ethan itu.

" Seorang perempuan tua yang menyamar menjadi penjual barang kemas di jalanan. Kebetulan waktu itu Puteri Luna sedang melihat barangan kemas ketika sedang berjalan-jalan di sekitar tempat itu. Jadi perempuan tua ni menyarankan untuk Puteri Luna membeli gelang itu dah menyakinkan Puteri Luna bahawa gelang itu amat berguna padanya ketika dia dalam kesakitan apabila kuasa Silvery Wand ditarik balik dari dalam badannya. Puteri Luna dengan naifnya mendengar kata-kata perempuan tua itu dan ketika fasa pertama kuasanya ditarik, dia memegang perla pada gelang itu dan serta merta kesakitannya hilang apabila dia mulai pengsan. "

Raja André meramas rambutnya dengan kasar. Perla? Apa fungsi perla itu? Kenapa tempoh masa Luna berkurang apabila dia berhadapan dengan perla itu?

" Perla yang membunuh bonda dahulu. " Permaisuri Auleira mula bersuara. Tumpuan kini beralih padanya.

" M-maksud dinda? Kenapa bonda boleh meninggal disebabkan perla? " Permaisuri Auleira mengangkat muka seraya memandang Raja André.

" Semua perempuan keturunan dinda mempunyai alahan yang teruk pada perla. Jadi sekarang ini dinda tahu siapa perempuan tua itu. Beraninya dia cuba untuk mengganggu anakku! "

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now