🌙 ㅡ 85

391 52 6
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Masa saya sikit , Jungkook. Masa saya di bumi untuk saya bersama dengan awak sangat sikit. Sekurangnya sebelum saya pergi, saya nak mencipta satu memori indah bersama awak. Memori yang saya akan simpan di hati saya walau saya akan melupainya. " Luna menunduk. Jungkook sekadar merenung gadis bulan itu.

" Saya tak pernah jadi yang pertama untuk diberitahu tentang kebenaran. Walau kebenaran itu tentang diri saya sendiri. Lucas dibuang ke bumi, rakyat negara saya terlebih dahulu tahu berbanding saya. Lryssa takda, saya orang terakhir tahu. Malahan perla menjadi racun untuk diri saya, saya lambat tahu. Hoseok ialah Lucas dan Lucas ialah Hoseok, awak dan Hana tahu lebih awal berbanding saya. Kita sama, Jungkook. Kalau awak rasa tak berguna, saya juga. Tapi di sini, bersama awak, saya lebih diperlukan. Walau saya terasa asing tapi awak buat saya rasa saya sebahagian daripada keluarga awak. Awak buat saya taknak tinggalkan awak. Awak buat saya sayangkan awak. Awak- " Kata-kata Luna terhenti saat tubuhnya dipeluk Jungkook.

" Aku minta maaf. Aku tak tahu. Aku terlalu ikut perasaan aku sendiri. Aku terlalu ego. " Luna tersenyum. Pelukan Jungkook dibalas dengan tepukan kecil di lengan lelaki itu.

" Together we complete each other. Maaf sebab saya lambat menyedari tentang itu. Tapi dengan masa yang ada, saya nak berada di sisi awak dan hanya bersama awak. Hanya awak, Jeon Jungkook. "

🌙

MAAF SEBAB FANFIC NI SEMAKIN MENGARUT DAN TIDAK TERSUSUN!

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSOnde as histórias ganham vida. Descobre agora