🌙 ㅡ 9

757 100 1
                                    


Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Jadi apa benda yang kau cemas sangat tu? " Soal Hana ringkas sebaik sahaja Jungkook membuka pintu rumahnya.

" Apa kata kau masuk dulu, nanti aku cerita. "

Hana yang sedang memegang dua beg besar berisi pakaian dan segala keperluan hidupnya kemudian masuk ke dalam rumah Jungkook yang dalam beberapa hari lagi turut akan menjadi rumahnya.

Disebabkan dia akan memulakan internship dekat satu hospital berdekatan dengan rumah Jungkook, dia pun membuat keputusan untuk tinggal di rumah abangnya itu untuk beberapa bulan sebelum dia membeli rumah dengan wang sendiri.

Sejurus sahaja Hana menapak ke dalam rumah yang sederhana besar itu, dia dikejutkan dengan Luna yang menyergahnya dari arah dapur.

" Hai adik Jungkook! Saya Luna, gadis bulan. " Dengan mata yang membuntang disertakan dengan pelbagai persoalan di dalam minda, Hana memandang Jungkook dengan pandangan yang tidak percaya. Keningnya berkerut menandakan bahawa dia sangat memerlukan explanation daripada abangnya itu.

" Kan aku dah cakap kat kau yang aku perlu minta tolong kau. Haa, yang ni lah masalah dia. "

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now