🌙 ㅡ 35

563 71 18
                                    

Luna's POV •

Aku sekadar duduk dengan diam di tepi Jungkook. Dia masih dengan lagaknya yang memandu kereta dengan sangat macho.

" Kau pandai makan apa je? "

Aku pandang dia. " Erm.... Benda warna oren tu. Yang air-air. Yang ada tali kat dalam. "

Jungkook berkerut. Aku sekadar membuat ekspresi muka aku yang kosong.

" Ramyeon? "

Apa tu?

" Mungkin kot. "

" Haa, okay aku ajar kau makan makanan yang aku selalu makan bila aku lapar bila tengah malam bila takda makanan kat rumah dan bila aku muak dengan ramyeon. Sebab Luna, lama-lama kau akan muak makan tali tu. Lagi-lagi bila kau kat universiti. Aduhaiii ~ Pagi petang siang malam asyik makan ramyeon je. "

" Universiti? " Jungkook ketawa. Entah apa yang lawaknya, jangan tanya aku.

Kan aku dah cakap, manusia bumi ni pelik.

" Nanti aku ajar kau pasal universiti ye? Sekarang ni kita makan mandu dulu. " Keretanya dipusingkan dan diparkir di hadapan sebuah gerai tepi jalan yang ada periuk besar-besar dan ada asap yang keluar dari periuk tu.

" Jom? " Katanya, dia kemudian memberikan aku senyuman yang paling, paling, paling manis pernah diberikan oleh seseorang untuk aku.

Senyuman yang paling comel.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now