🌙 ㅡ 17

675 89 14
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Kau merepek apa ni? Kau kenal pun tak si Yeona tu. " Kata Jungkook sambil menjulingkan matanya ke atas. Luna tersenyum. Dia mula menggoncang tangannya tiga kali untuk mendapatkan Silvery Wand.

" Tengok ni! " Jerit Luna riang sambil mengangkat Silvery Wand miliknya. Jungkook memandangnya dengan muka kebosanan dan Hana memandangnya dengan muka yang agak terkejut. Perlakuan menggoncang tangan yang dibuat oleh Luna kemudian ditiru olehnya, walaupun dia tahu yang dia takkan dapat kayu kuasa seperti Luna dan hanya mendapat kebodohan di otaknya.

" Okay, pastu? "

" Awak tahu kan setiap kali kita berfikir, kita akan dengar satu suara kecil yang bercakap dengan kita di dalam diri kita. Dan setiap orang akan mendengar suara kecil itu setiap masa. Kadang-kadang suara kecil itu akan berbual dan berbahas dengan suara kecil yang lain. Di dalam diri kita ni ada banyak suara kecil. Kadangkala kita sendiri tak tahu sama ada semua suara kecil itu adalah milik kita. Kan? " Jungkook melopong, Hana mengangguk. Dalam diam, Hana kagum dengan Luna.

Luna yang berkarisma di hadapannya adalah Luna yang sama yang mengatakan bahawa bawang itu adalah buah dan memakan bawang seperti memakan buah.

" Teruskan. " Kata Hana. Luna tersenyum riang. Ah, matchmaking. Perkara yang menjadikan dia seorang professional dan dikagumi ketika dia masih di bulan.

" Saya cakap saya akan bantu awak untuk pujuk Yeona kan? Haaa, dengan cara inilah saya akan pujuk tunang awak tu! "

" Ha? Apakah? "

" Saya akan menyamar menjadi suara kecil Yeona. Saya akan berbicara dengan dia di dalam minda dia. Alah, dia takkan tahu bahawa saya yang bersuara itu. Saya akan pujuk dia dan akan mencadangkan benda-benda yang membolehkan dia untuk kembali kepada awak. Macam mana? " Jungkook mengangkat kening kanannya. Dia bercekak pinggang sambil memikirkan tentang cadangan pelik Luna.

" Kau yakin kau boleh buat? " Luna mengangguk laju. Kedua-dua tangannya digenggam, menandakan bahawa dia sangat bersemangat untuk melakukan semua itu.

" Okay. Disebabkan aku nampak apa yang kau mampu lakukan dan aku yakin dengan kau, jadi aku benarkan kau buat. Kau kena pujuk dia untuk kembali kepada aku tau? Bukannya meracuni minda dia. "

" Yessss! Semuanya beres, dan awak tak perlu risau! " Jawabnya sekilas lalu dia kembali masuk ke dalam bilik Hana dengan melompat-lompat riang.

Di ruang tamu, Hana dan Jungkook masih berdiri kaku tanpa sebarang kata.

" Kau yakin semua benda yang dia cakap tadi tu boleh pulihkan keadaan? Tak rasa semua tu pelik ke? " Tanya Hana. Matanya melirik ke arah Jungkook yang tersenyum sinis.

Jungkook kemudian kecil. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dan dia memusingkan badan untuk memandang Hana.

" Tiada benda yang lebih pelik berbanding mendengar pengakuan daripada budak tu yang dia gadis bulan dan melihat dengan mata aku sendiri yang dia terbang di ruang tamu rumah aku. "

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now