🌙 ㅡ 18

655 84 3
                                    

Yeona's POV

Aku melemparkan beg aku ke atas lantai sebelum aku sendiri melemparkan diri aku ke atas katil.

Harini penat gila. Banyak kes yang aku dapat dan yang aku harus lakukan.

Bekerja sebagai peguam di syarikat guaman yang popular memang agak memenatkan. Aku sangat sibuk sampai aku kurang ada masa untuk diri aku sendiri. Malahan dengan Jungkook, aku kurang luangkan masa untuk dia.

Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk tidak jumpa dia atau bersama dengan dia. Cuma dia je yang tak ada alasan untuk tidak menghiraukan aku. Bukannya sekali dia buat macam ni. Ini dah masuk kali kelima dia ignore aku. Kadang-kadang aku rasa dipinggir. Aku rasa macam kasih sayang dia tu tak ikhlas.

Aku rasa macam dia nakkan aku semata-mata untuk jaga perasaan omma, appa aku dan omma, appa dia. Semata-mata sebab aku perlu kahwin dengan dia bulan depan.

Perkahwinan tanpa cinta yang ikhlas memang satu masalah yang besar.

' Tapi sesuatu perasaan cinta dan kasih sayang itu boleh dipupuk, asalkan rela menyayangi seseorang itu. '

Sapa tu? Kenapa aku dengar macam ada orang berbisik dengan aku.

' Tak, kau tak dengar. Ini cuma apa yang kau fikirkan. Dan pemikiran ini akan terus bersama kau. '

Argh! Tipu! Aku memang dengar semua ni! Apa ni?! Apa yang aku dengar ni?! Sapa kau?!

' Ah. Nampaknya aku terpaksa kenalkan diri aku. '

Kenalkan? Kau wujud ke ha?

' Ya aku wujud. Aku Luna dan aku akan bantu kau dalam hubungan kau dengan Jungkook . '

Aku ketawa. Dah tak betul aku ni agaknya. Baik aku mandi sebelum aku makin jadi gila.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now