🌙 ㅡ 15

673 88 1
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

" Luna, kalau kau nak keluar pergi mana-mana tempat selain dari rumah ni, kau tak boleh pakai tuala mandi macam tu je. Lepas tu, kalau kau nak pergi mana-mana kau perlu beritahu sama ada aku atau Jungkook. Itu tips pertama untuk kau jadi manusia... erm.... manusia bumi , seperti yang kau kata. " Luna mengangguk sambil tangannya menggosok pijama berkain licin yang tersarung di badannya.

" Kau dengar tak Luna? " Luna mengangguk.

" Luna! "

" Ya Hana, saya dengar. Tadi saya dah angguk kan? "

" Okay tips kedua. Jangan setakat mengangguk kalau orang beri nasihat. Cakap ' ya, saya dengar dan saya akan cuba yang terbaik lain kali ' supaya orang tau kau dengar. Ingat pesanan aku tu. "

" Okay Hana. "

" Bagus, dah bye sekarang aku nak pergi mandi. " Hana kemudian berlalu ke bilik air. Luna yang tadi bermain dengan pijamanya kini membelai bantalnya perlahan.

Dia akan tidur di bawah manakala Hana di atas katil. Luna tidak kisah dengan tempat tidurnya, asalkan dia ada tempat untuk berteduh dan tidak perlu tidur berbumbungkan langit lagi. Tidaklah senang bagi ayahanda dia untuk mengesan keberadaan dia.

Luna kemudian membaringkan dirinya di atas tilam empuk yang tersedia untuknya itu. Tanpa dia sedar, dalam beberapa saat dia kemudian dibuai mimpi.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now