🌙 ㅡ 4

921 113 7
                                    

Jungkook's POV

" Tapi saya serious ni! Saya memang berasal daripada bulan. Saya siap ada tanda lagi yang menunjukkan yang saya gadis bulan. "

Aku pandang Luna dengan muka yang sangat tidak berminat dengan segala pernyataan merepek yang keluar daripada mulutnya. Dia masih lagi mengenggam kedua-dua tangannya, meminta aku untuk mempercayai kata-kata peliknya itu.

" Apa tanda yang kau nak tunjuk? "

" Ni. " Katanya laju sambil tangannya menunjuk ke arah tatu bulan sabit dan tiara di lengannya.

Aku ketawa sinis.

Setakat tatu tu, anak buah aku yang berusia 5 tahun pun boleh buat.

" Kenapa ketawa? Awak tak percaya ini tanda lahir saya? Awak fikir saya lukis benda ni? "

" Tch. Habistu kau nak cakap itu cop mohor? "

" Ya! Pandainya awak! Ini memang cop mohor. Ayahanda saya yang cop kan waktu saya lahir dulu. Macam mana awak tahu? " Aku ketawa lagi.

Haih, haih. Kenapalah aku terjebak sekali dalam drama merepek ni.

" Wahai Cik Luna, kau tunjuklah apa-apa bukti merepek sekalipun. Aku tetap tak akan percaya. " Tatkala aku memusingkan badan aku dan mula melangkah untuk berlalu pergi meninggalkan Luna, aku dapat lihat terdapat cahaya yang terang datang dari arah belakang aku. Sebetulnya, dari arah Luna. Cahaya putih itu begitu terang sehingga menerangi seluruh sudut rumahku yang suram.

Dengan sangat musykil, aku memusingkan kepala aku untuk melihat ke arah Luna. Aku berdiri kaku di tempat aku, dek begitu terkejut dengan apa yang aku lihat.

Korang nak tahu apa yang aku lihat?

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now