🌙 ㅡ 100

347 43 11
                                    

Author's POV 🧚🏻‍♀️

Raérlevla Kingdom ㅡ

Raja André masih diam membisu. Terlalu banyak benda mengejutkan berlaku serentak. Dari panggilan telefon dari Lucas sehingga ke berita penculikan Luna, sekaligus memenuhkan otaknya.

" Tuanku? Apa kita patut buat? " Tanya Ethan. Hatinya juga risau akan semua benda yang berlaku. Namun dia tahu, Raja André lebih risau berbanding dia. Tetapi sampai sekarang pemimpinnya itu tidak bersuara. Malahan hanya duduk berteleku di kerusi di tepi nya.

Kedengaran pintu bilik kawalan itu dikuak oleh seseorang. " Kanda? Apa ni kanda? Dinda dengar Lucas telefon? Betul ke kanda? Dan, betul ke Luna kena culik?  "

Raja André sekadar mengangguk. Tidak puas hati dengan jawapan yang Raja André berikan, Permaisuri Auleira mula memandang ke skrin-skrin di bilik kawalan itu.

" Ethan, boleh Ethan kesan tempat Luna berada sekarang? " Ethan mengangguk. " Baik , tuanku. "

" Xhuana, boleh tak kalau kamu cari maklumat berkenaan dengan Lady Mearie dari kerajaan Loorhloom? "

" Lady Mearie, ibu Putera Bima? " Permaisuri Auleira mengangguk. Xhuana tersenyum kecil sebelum dia meminta diri untuk mengerjakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

" Ethan? "

" Oh ya , tuanku. Puteri Luna tidak berjaya dikesan kerana Silvery Wand tidak diaktifkan lagi. " Permaisuri Auleira mengeluh kecil. Pandangan tajam diberikan kepada Raja André.

" Aktifkan Silvery Wand. " Kata Permaisuri Auleira tegas.

" Dinda! Apa dinda buat ni?! "

" Selamatkan anak kita. "

🌙

Happy 100 chapters?

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें