🌙 ㅡ 50

516 65 2
                                    

Luna's POV •

Aku memegang dada aku yang sangat, sangat, sangat sakit. Seakan-akan terbakar di dalam. Kepala aku sangat sakit, perut aku mencucuk.

Aku berpeluh walaupun tandas itu memang sejuk. Mulut aku menggigit tuala kecil yang tadi aku guna untuk melilit leher aku.

Sakit. Aku rasa sakit sangat.

Tak pernah aku rasa sesakit ini. Sedari tadi kepala aku dan perut aku mula menunjukkan rasa sakit, sebab itu aku meminta diri untuk ke tandas.

Nafas aku tersekat. Sakitnya dada aku bila aku cuba untuk menarik nafas. Aku masih berteleku di dalam tandas itu. Tangan kiri memegang dan memicit kepala aku dan tangan kanan mengusap perut aku, meminta mereka untuk berhenti menyakitkan aku.

Dalam aku menahan kesakitan itu, aku memandang gelang maroon aku.

Dengan harapan supaya keadaan aku boleh kembali seperti sediakala, aku memegang dengan kuat mutiara di gelang aku itu.

Kemudian, aku langsung tak ada memori tentang apa yang berlaku selepas itu.

Sedar-sedar je, aku dah ada kat dalam kereta Jungkook.

🌙

[C] Gadis Bulan ➳ Jungkook BTSWhere stories live. Discover now