Part 50. Get Back Together

Start from the beginning
                                    

Wajah Que jelas tegang. Rahangnya timbul urat. Penumbuk digenggam erat.

"Aku benci kau sebab kau lukakan Luna!," kata Que.

Buk!! Satu hayunan kuat penumbuk Que hinggap di wajah kacak Zariel.

Zariel hanya diam. Zariel tak beriak apa-apa walaupun dia baru sahaja ditumbuk.

Que tahu Zariel bukan jenis yang lepaskan sesiapa yang sentuh dia. Sepatutnya dah lama Que terjatuh atau terlentang di sini sebab dapat balasan penumbuk padu daripada Zariel.

Tapi ini tak.

Zariel tak kisah Que tumbuk dia. Zariel lebih sakit dengan rasa bersalah yang menghukum dia daripada tumbukan Que itu. Que makin bengang bila Zariel tak bagi reaksi marah atau naik angin.

Que tak kisah kalau lepas ni dia ada masalah dengan Zariel. Dia sanggup. Asalkan Zariel sedar tentang rasa marah dia. Supaya Zariel sedar tindakan bodoh sendiri.

"Kau tak layak jadi papa Isya lepas apa yang kau dah buat. Isya hampir gugur masa dalam kandungan Luna sebab kau! Kau seorang lelaki yang tak guna!!," kutuk Que lagi. Penuh amarah.

Saja nak bangkitkan kemarahan Zariel yang dia nak. Que nak lepaskan juga segala kesakitan Luna pada Zariel. Biar Zariel sedar betapa teruknya dia. Kolar Zariel masih digenggam erat.

Zariel hanya biarkan. Ini kesan keegoan dia yang dia kena terima. Satu lagi tumbukan Que hadiahkan bila Zariel jadi patung tak berperasaan. Que nak sedarkan Zariel dan Que nak Zariel melawan.

Padu dan kuat tumbukan dari seorang Que. Tapi Zariel tetap tak balas. Kalau Zariel balas, mungkin nahas juga Que dapat.

Zariel menyentuh perlahan bibirnya yang luka.

Pedih.

Tapi apa lah sangat. Zariel hanya rasa geram sedikit pada Que. Okay lah tu. Taklah sampai berdendam ke apa. Zariel terima tumbukan Que dengan hati yang tenang.

Zariel tersenyum senget.

"Tak sangka lunch aku penumbuk hari ni," kata Zariel sinis.

Que makin geram.

Penumbuk dilayang untuk kali ketiga namun ditangkis mudah oleh Zariel. Tangan Que yang mencengkam kolarnya juga ditepis kasar.

"Thanks untuk semua tumbukan mesra kau," ucap Zariel.

Que mendengus kasar lalu beredar dari situ. Hati Que tenang semula lepas lepaskan semuanya. Sekurang-kurangnya Que dapat ajar Zariel supaya lebih menghargai Luna lepas ni sebab ada orang lain yang sudi nak jaga Luna.

Zariel membetulkan kedutan kemejanya dengan tenang. Pandangan terkedu orang lain dengan kejadian tadi tak dihiraukan. Zariel keluar dari restoren itu.

Jujur Zariel bengang. Bengang dengan diri sendiri.

Zariel nak tebus semuanya.







Dah viral kejadian di restoren itu.

Luna yang mengetahui perkara ini terus menghubungi Que. Sungguh Luna terkejut dan risau.

Luna rasa bersalah sebab dia punca semua ni. Luna tahu Que tumbuk Zariel sebab apa yang dia cerita. Apa yang Que cakap masa dia nak beredar semalam buat Luna perasaan yang memang Que terus cari Zariel.

"Que!," panggil Luna sebaik sahaja talian terus bersambung.

Que hanya diam.

"Apa yang awak dah buat? Awak okay tak ni?," soal Luna panik.

Que tersenyum nipis. Hambar. Que tahu Luna risaukan dia lebih daripada Zariel. Hanya sebab takut Zariel balas tumbukan Que padahal... Zariel tak balas apa-apa. Que rasa tak guna sebab Zariel tak balas. Kalau Zariel tumbuk dia juga mungkin dia tak rasa macam ni.

"Yang kena tumbuk tu Zariel, bukannya saya. Salah dengar berita ke apa?," soal Que dengan nada lucu yang dibuat-buat.

Luna lega. Terus dia rasa bersalah.

"Kenapa tumbuk Zariel sebab saya?," soal Luna tak puas hati.

"Marah? Sebab saya tumbuk Zariel?," duga Que.

Luna mengeluh. Bukan sebab yang Que cakap tu. Que saja je ke apa?

"Tak perlu bertumbuk sebab saya," pesan Luna serius.

"Bye the way... bibir Zariel luka kena tumbuk," maklum Que.

Luna diam je.

"Nanti tengoklah dia," pesan Que tenang.

Luna jujur risaukan Zariel. Tapi takkan lah dia nak pergi cari Zariel?

"Takkan lah awak tumbuk dia dan dia relax je?," tanya Luna.

Que tidak menjawab.

"Saya tumbuk dia kuat," maklum Que tiba-tiba.

"Teruk sangat ke luka dia?," balas Luna lucu.

"Ya. Teruk sangat. Nanti jumpa dia," pesan Que serius.

Luna hanya diam tanpa komen.







The Unexpected LifeOn viuen les histories. Descobreix ara