Part 61. Balasan

44.2K 1.6K 96
                                    

"Mana ada," nafi Luna.

Muka Luna nampak tak puas hati. Zariel terus fikirkan perkara yang boleh kembalikan mood gembira Luna.

Arluna Aisyah tak pernah tak happy kalau hal berkaitan dengan anak dia.

"Nak Luthfia datang sini? Kalau nak ak--sa-saya suruh Joey bawa Luthfia," kata Zariel.

Wajah tegang Luna bertukar kendur serta merta. Dia mengangguk laju. Rasa rindu dah membuak-buak terhadap anak kecilnya itu walaupun tak sampai sehari tak berjumpa.

"Kejap,"

Zariel berdiri dan menghadap tingkap besar bilik wad itu. Telefon dikeluarkan dan dia memberikan arahan ringkas.

"Bawa anak aku datang sini. Lepas tu suruh Zack hubungi Datuk Aiman untuk aturkan mesyuarat ganti esok,"

Terus talian diputuskan.

"Kejap lagi Luthfia sampai," maklum Zariel.

Luna tersenyum.

Bila teringat pasal satu perkara, senyuman Luna mati. Wajah serius terpamer.

"Riel, apa maksud Arman?," soal Luna.

"Maksud apa?," soal Zariel balik.

"Dia kata... 'suruh lelaki tu jangan ganggu keluarga dan syarikat aku'," Luna ulang ayat Arman tadi.

Zariel tersenyum nipis.

"Sa--argh serabutlah. Tak biasa," kata Zariel.

Kekok betul dia nak bahasakan diri dia 'saya'. Bicara Zariel buat mata Luna berkaca-kaca. Hati Luna pedih. Zariel yang perasan perubahan Luna terus risau.

"Luna...,"

"Jangan cakap dengan saya. Saya tak nak dengar!," marah Luna.

Luna terasa hati dan sedih dengan Zariel. Sampai hati Zariel cakap permintaan dia serabut. Seerti dia yang serabut.

Zariel mengeluh kecil.

"I prefer 'abang' than 'saya'. That's what I mean," kata Zariel dengan nada memujuk.

Luna buat-buat tak dengar.

"Luna sayang,"

Laju Luna menoleh ke arah Zariel. Apa yang Zariel sebut buat Luna terus hilang marah cuma perasaan tak sangka.

"Apa awak panggil saya? Cuba ulang," soal Luna pelik.

"Abang tak cakap apa-apa pun," kata Zariel sambil tersenyum senget.

Luna tayang wajah blur.

'Sejak bila aku ada abang? Kutuklah aku bodoh tapi serius Zariel dah kenapa? Dia nak gelarkan diri dia 'abang' ? Pasal apa sweet and romantic sangat lelaki ni?,' Luna tak tahan dengan aura Zariel. Luna rasa dia boleh mati dalam kemanisan.

"By the way, I'm three years older than you. What's wrong with 'abang', honey? Dah lah. Saya keluar dulu,"

Senyuman yang mampu buat wanita jadi angau terukir untuk Luna. Tanpa sempat Luna hadam apa-apa, Zariel keluar dari bilik itu. Wajah kacak Zariel yang tersenyum tadi terbayang semula.

Luna tersenyum sendiri macam orang bodoh.

'ARGHH Zariel!!,'

Luna tak kisah dia angau asalkan perempuan lain tak angaukan suami dia. Lagipun senyuman Zariel milik dia, bukan milik perempuan lain.

Luna juga harap hati Zariel milik dia. Bukan milik perempuan lain.

Luna rasa ya.

Biar perasan asalkan bahagia. Itu tagline baru Luna.



The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now