Part 29. Bad Things Happen

42.1K 1.7K 41
                                    

Nayla yang tadi menolak Luna sekuat hati terus melulu ke arah bangkai Fluffy. Nayla kelihatan terkelu. Tak lama kemudian, Nayla mula menangis teresak-esak.

Segala kesalahan dia letakkan pada Luna.

Luna yang ditolak tadi tergamam seketika sebelum dia mula tersedar yang... Dia tak reti berenang! Kolam ini pula dalam!

Luna tergapai-gapai apabila dia semakin tenggelam. Luna mula sesak nafas apabila air memasuki rongga hidung dan mulutnya.

Kedua-dua pembantu rumah yang menyaksikan itu panik apabila tahu yang puan mereka tidak tahu berenang. Habislah mereka kalau apa-apa jadi pada Luna. Pembantu lelaki yang masih basah itu terus terjun semula ke dalam kolam. Luna ditarik naik ke permukaan dan diheret ke tepi kolam. Luna terduduk lemah sebaik sahaja dia naik ke atas darat.

Nafasnya turun naik dengan deras. Panik dia belum reda. Rasa terkejut masih bersisa. Luna tersedak apabila air yang memasuki tekaknya terkeluar. Terbatuk-batuk Luna. Perit tekak. Pedih hidung. Mata berpinar-pinar kabur. Ah! Luna tak suka rasa ini.

"Puan okay?," tanya pembantu perempuan pula dengan bimbang.

Luna hanya mampu mengangguk dalam keadaan dirinya yang masih belum pulih dari kejadian tadi. Dalam kekecohan tadi, seorang pembantu rumah yang lain datang ke luar rumah membawa tuala kering untuk Luna. Luna menerimanya dan membalut tubuhnya yang kesejuikan. Dah lah cuaca memang nyaman jadi air sejuk. Ramai pembantu rumah keluar kerana risaukan keadaan Luna.

Terus kekecohan kecil itu terhenti apabila satu sapaan serius kedengaran.

"What happened?," tanya seseorang dengan suara yang serius separuh marah.

Masing-masing mula menunduk cuak. Kecut perut bila kekecohan ini dilihat Zariel. Semua menunduk takut bila wajah Zariel tegang. Mereka berpusing menghadap Zariel yang muncul dari pintu belakang. Zariel menghampiri mereka semua. Tangisan Nayla semakin menjadi-jadi sewaktu melihat Zariel. Nayla bangun daripada melutut dan terus menerpa ke arah Zariel.

"Zariel! Fluf-fy... Fluffy dah tak-tak ada!," adu Nayla teresak-esak.

Zariel memandang bangkai kucing di atas lantai dengan rasa kasihan. Nayla menangis semula apabila melihat pandangan Zariel.

"Fluffy lemas dalam air. Ni semua salah perempuan tak guna ni! Dia tak suka I. Dia benci I. Jadi dia bunuh Fluffy sebab tak puas hati. Dia bunuh Fluffy! Pembunuh! Sampai hati you! Tak ada hati perut!," adu Nayla penuh benci dan marah.

Luna terkedu. Nayla yang menunding jari padanya dipandang dengan dahi berkerut. Genggaman Luna pada tuala yang membaluti badan terketarnya semakin erat. Luna menggeleng kepala.

"Saya tak buat apa-apa!," Luna cuba membela diri sendiri.

Nayla tak nak dengar apa yang Luna cakap. Dia terus menerus menuduh Luna. Luna mengalah untuk menjelaskan diri sendiri. Akhirnya dia memandang Zariel dengan pandangan sayu. Luna pandang Zariel penuh mengharap. Zariel kena percayakan dia. Mata Luna merayu untuk tidak dikecewakan.

"Riel..,"

Zariel mengangguk lemah.

Luna tersentak. Bahu dia jatuh. Luna rasa terluka. Luna tahu yang Zariel tak percayakan dia! Zariel lebih percayakan Nayla daripada dia? Luna terus jadi emotional.

"Suka hati awak nak percaya ke tak. Tapi kalau tak percaya, cakap je lah jujur," kata Luna dengan marah sebelum pergi dari situ dalam keadaan mengigil kesejukkan.

Zariel pandang langkah Luna yang menghilang masuk ke dalam. Dia agak terkesan dengan kematian Fluffy. Bukannya tanda dia cintakan Nayla ke apa cuma dia sayangkan Fluffy. Fluffy itu hanya seekor kucing. Makhluk yang bernyawa. Tak membawa maksud apa-apa.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now