Part 22. Sweet

47.3K 2.3K 62
                                    

"Riel, stop!,"

Zariel terbrek mengejut. Luna terus dipandang dengan wajah panik.

"Kenapa?," soal Zariel dengan risau.

"Nak beli kek," kata Luna manja. Mata dikelip-kelipkan.

Terlalu comel untuk Zariel. Zariel terus pandang ke tempat lain. Luna mengeluh kecewa. Cubaan dia tak menjadi. Zariel buat tak dengar dan terus parking kereta di hadapan bakery di sebelah jalan. Senyuman Luna melebar.

"Sayang Riel!," ucap Luna dengan gembira lalu menghadiahkan ciuman curi laju-laju pada pipi suaminya itu.

Zariel tersenyum. "Senang je nak dapat kiss free rupanya," komen Zariel.

Luna buat tak kisah. 'Dia baik apa?,' Luna menjerit suka. Zariel keluar dari kereta setelah kereta diparking.

"Nak cake apa?," tanya Zariel lembut.

"Caramel Chocolate Cake, Red Velvet Cupcake. And... Half Strawberry and Blueberry Cake,"
jawab Luna ceria.

Zariel hampir tercengang. Tak percaya. Luna ketawa kecil melihat reaksi Zariel. Cute! Luna buat muka sedih.

"Boleh simpan kalau tak habis, kan?," pujuk Luna manja.

"Okaylah, honey," balas Zariel pasrah.

Luna bersorak gembira. Saja dia nak bermanja. Kalau lelaki lain memang kesian. Parak duit.

"Love you so so much, hubby,"

Zariel hanya mengeleng perlahan sambil tersenyum. Zariel tutup pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam bakery tersebut. Luna hanya memerhati sambil tersenyum lebar.

Tak lama kemudian... senyuman Luna terus mati.

Dari tingkap kedai yang besar itu, dia dapat melihat seorang perempuan cantik plus seksi yang menyeksakan mata sedang memeluk lengan Zariel dengan manja.

                         
Di dalam Bakery SweetTooth tersebut...

"Zariel!? You buat apa kat sini?," tegur Nayla teruja dan tak sangka.

Serius pelik tengok Luth Zariel masuk bakery beli kek. Buang tabiat ke apa? Zariel nak masuk bakery? Macam pelik je? Tapi kisah apa? Nayla tersenyum gembira melihat Zariel.

'Jodoh!,' fikir Nayla suka. Nayla tak hiraukan reaksi dingin Zariel, dia terus hampiri Zariel dan memeluk lengan Zariel dengan manja.

"You tak nak jumpa I kan. Last-last jumpa juga kita. Kat bakery pulak tu. How sweet is it? Dah jodoh nak buat macam mana? I rindu you sangat-sangat!," kata Nayla manja.

Zariel meleraikan pelukan Nayla di lengannya.

"Kau tahukan yang aku tak suka orang sentuh aku?," kata Zariel mengingatkan tegas.

"Zariel...," rengek Nayla tak puas hati. Malu pun ada sedikit.

"Jangan sentuh aku. Buat tambah dosa je," kata Zariel perlahan. Meluat dengan sikap bebas laku Nayla.

Nayla menghentak kaki geram lalu berlalu dari situ dengan perasaan berdongkol geram. Zariel tetap tak berubah. Sentuh sikit je dah bising!
                  
Luna hanya menyaksikan adegan Nayla memeluk lengan Zariel.

Lepas tu dia tak tengok dah. Dia terus alihkan pandangan. Takut hati tak kuat. Jadi dia main phone. Hilang mood happy dia tadi. Setelah Zariel selesai membeli dia masuk semula dalam kereta. Wajah Luna tak seceria tadi. Zariel rasa serba salah.

'Ni mesti sebab Nayla,' fikir Zariel. Cukup faham.

"Luna... ni kek kau,"

Zariel hulur kotak kek kepada Luna. Luna menyambutnya.

"Kenapa ni? Okay tak?," saja Zariel bertanya.

"Okay je. Kenapa?," balas Luna bersahaja.

Zariel hanya diam. Sampai di rumah... pintu utama dibuka oleh Mak Nab.

"Mak Nab, jom makan kek!," ajak Luna.

Luna menarik lembut tangan Mak Nab ke dapur. Tinggallah Zariel seorang diri depan pintu masuk. Zariel mengeluh kecil. Ingat nak spend time sweet-sweet dengan isteri dia. Ni lain pula jadinya.

    

                           

Keesokan harinya...

Luna goyangkan perlahan lengan Zariel yang sedang tidur di sebelahnya. Luna berbaring mengiring menghadap Zariel.

"Bangunlah... Riel! Awak dah lewat dah ni," kata Luna.

Zariel peluk Luna erat. Luna cuba melepaskan diri namun gagal.

"Zariel! Riel!!," jerit Luna geram.

Zariel hanya tersenyum. Dahi Luna dikucup. Kemudian pipi Luna. Cepat sahaja, Luna menekup mulutnya. Tak nak jadi mangsa sasaran Zariel yang seterusnya. Zariel ketawa. Hidung mancung Luna ditarik lembut. Comel sangat.

"Ingat saya ni apa? Baby? Baby doll?," soal Luna tak puas hati.

"Barbie doll," balas Zariel nakal. Mengusik.

Luna kembungkan pipinya. Bulat macam ikan buntal. Konon nak tunjuk muka tak puas hati. Padahal nampak makin comel adalah. Naif sungguh!

"Dahlah. Bangun. Dia ni buat orang makin malas nak bangun je," komen Zariel dengan keluhan nipis.

"Huh!," balas Luna geram.

Zariel bangun. Dia selak selimut tebal berwarna kelabu itu ke tepi. Dia bangun dari katil. Singlet
hitam yang dipakainya ditanggalkan selamba di hadapan Luna lalu dicampak ke dalam bakul pakaian kotor.

"Nak goda orang ke apa? Tahulah ada six packs. Badan tough. Tak payahlah tayang beria," gumam Luna perlahan.

Zariel tersenyum senget.

"Cakap apa tadi? Tak dengarlah," soal Zariel mengusik.

"Mana ada cakap apa-apa!," balas Luna laju.

Zariel tersenyum lucu.

"Nak mandi sekali?," ajak Zariel dengan nada nakal. Gaya badboy gitu.

Luna buat-buat tak dengar.

"Come," ajak Zariel lembut. Nada Zariel kedengaran sangat romantik pada pendengaran Luna.

Tangan Luna yang sedang duduk di atas katil ditarik. Luna terus bangun dengan rela hati. Zariel bertindak mendukung Luna. Luna terjerit kecil.

Shirtless.

Hot.

Handsome.

Six packs.

'Ahhh! Too tempting!,' jerit Luna dalam hati. Luna tersengih lebar macam orang angau. Zariel tersenyum lucu melihat reaksi Luna.


The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now