Part 51. Home Coming

47.5K 1.8K 67
                                    

"Perlu ke saya jumpa Zariel?," soal Luna was-was.

Luna nak jumpa Zariel tapi dia ego dan malu. Que tak menjawab soalan Luna.

"Luna,"

"Ya?," sahut Luna.

"Saya dah bagitahu pasal Isya and yes he know about his daughter,"

"Hah?," Luna jadi cuak. Gelisah.

"Apa reaksi Zariel?," tanya Luna cemas.

"Zariel hanya seperti biasa. Bersahaja dan tak terjejas," jawab Que jujur.

Luna kecewa. Terbukti Zariel tak terkesan dengan kehadiran anak mereka. Maksudnya Zariel tak terima kehadiran Isya dalam hidupnya.

"Okay lah, bye," terus Luna tutup talian.

Que hanya biarkan. Faham Luna nak tenangkan fikiran. Reaksi Zariel pun tak seperti yang Que mahu.

"Aku akan pastikan kau menyesal kalau kau sia-siakan Luna dan Isya,"

Kata-kata Que bukan hanya pada bicara. Tapi dari hati yang nekad. Que janji yang dia akan jadi pelindung kepada Luna dan Isya. Walaupun Luna mungkin bukan jodoh dia tapi dia hanya akan berpuas hati kalau Luna bahagia... dengan orang lain. Que nak pastikan Zariel mampu bahagiakan Luna baru hati dia akan tenang. Barulah hati Que terbuka untuk berjuang demi perempuan lain.


STUDIO SLR...

Sekali lagi Zariel buat perangai. Ada ke patut dia menempek dalam studio ni macam orang tak ada kerja. Macam dia lah orang yang paling banyak masa terluang dalam pejabat.

Lah sangat.

"Awak buat apa kat sini?," soal Luna terkejut.

Tiba-tiba je Zariel ada kat sebelah Luna. Mana Luna tak terkejut. Sofa hari tu juga yang jadi tempat Zariel. Memanglah Zariel duduk di situ sebab Luna di sebelah.

"Saja nak tengok kau dan krew," jawab Zariel.

Serius Zariel buat Luna cemas. Apa masalah Zariel hari ni?

"Luna, nak mula dah," panggil salah seorang jurukamera.

Luna mengangguk dalam gemuruh. Dia jadi nervous sebab ada Zariel. Luna dari dulu lagi lemah kalau ada Zariel. Dia jadi kekok dalam kerja. Luna tak boleh jadi 'artis dan pelakon Arluna Aisyah' depan Zariel. Luna hanya mampu diri dia. Arluna Aisyah dan bukannya orang lain. Kenapa ya? Luna juga pelik.

Luna hampiri pengarah dan bukannya terus ke layar putih.

"Encik Lan, saya minta maaf tapi tiba-tiba saya rasa pening kepala. Saya memang pening sangat. Boleh kan kalau sambung esok?," tanya Luna.

Encik Lan terus jatuh simpati dengan keadaan Luna. Padahal Luna acah je lebih. Luna ambil beg tangannya di sofa tadi. Dia nak pulang terus. Boleh spend time dengan Isya.

"Kenapa, Luna?," tanya Zariel.

Luna jawab dalam malas.

"Tak sihat,"  balas Luna ringkas.

Zariel berdiri.

"Jom pergi klinik. Aku hantar,"

Luna mengeleng.

"Nope. Saya okay," tolak Luna.

Luna nak melangkah pergi namun niatnya terbantut bila lengan bajunya ditarik.

"Jom ikut aku," arah Zariel.

"Saya nak balik lah," balas Luna geram.

"Then... just see what I will do," ugut Zariel.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now