Part 30. Dugaan Masih Ada

41.7K 1.7K 68
                                    

Luna cuba hilangkan tangisnya yang masih bersisa.

Aduh... dia bukan jenis yang lemah macam ni. Luna bukan seorang yang cengeng! Ni mesti sebab masalah hubungan dia dengan Zariel yang buat Luna jadi macam ni. Luna mengangguk dengan pujukan Siti tadi.

"Jom lunch?," ajak Siti bila tangisan Luna dah reda.

Luna tersenyum bersalah sebab Siti nampak bersungguh nak pujuk dia.

"Aku tak laratlah. Lagipun aku tak ada
selera. Badan aku rasa letih. Aku nak rehat je," tolak Luna serba salah.

Bukan Luna nak hampakan pelawaan Siti tapi dia memang tak ada selera langsung sekarang ni.

'Aku nak demam agaknya ni,' fikir Luna. Dia rasa tak sedap badan.

"Tak apalah kalau macam tu. Kau tak nak kirim apa-apa? Aku boleh belikan," tanya Siti.

"Tak apalah. Terima kasih, Siti," balas Luna.

"Okay. Aku pergi dulu. Jaga makmal. Tak ada orang lain dah sebab semua orang keluar lunch. Lapar sangat agaknya," gurau Siti.

Luna mengangguk faham. Luna hanya pandang kelibat Siti yang makin menjauh. Kemudian kelibat Siti hilang dari pandangan. Luna bersandar pada sofa. Luna rasa macam nak deman. Luna perlu rehat. Mata dipejamkan untuk cuba tenangkan minda.

"Assalamualaikum," sapa seseorang.

Kelopak mata Luna terus terbuka. Luna terus baiki duduknya.

"Hai. Saya Encik Anas daripada jabatan atas. Tuan Zariel CEO SLR ni nak fail dan dokumen projek SLR tahun ni. Boleh tolong bawa saya ke makmal. Tuan Zariel perlukannya sekarang," tanya Encik Anas dengan sopan.

'Please lah faham yang aku ni tak boleh dengar nama Zariel buat masa sekarang,' gumam Luna dalam hati.

"Boleh. Mestilah boleh," jawab Luna.

Luna bawa Encik Anas masuk ke dalam makmal.  Encik Anas mula mencari-cari fail yang diperlukan. Akhirnya dia jumpa.

"Terima kasih sangat-sangat. Nanti saya serahkan pada Encik Zariel," kata Encik Anas senang.

Luna hanya mengangguk. 'Sekejap tuan sekejap encik. Whatever. Malas betul dengar nama Zariel sekarang ni,' fikir Luna. Luna iring Encik Anas itu keluar.

Selepas itu...

Semua orang kembali semula ke dalam pejabat. Tugas masing-masing diteruskan macam biasa.

Tak lama kemudian...

Jeritan lantang Mei Lin kedengaran. Semua orang berhenti membuat kerja masing-masing dan fokus pada apa yang berlaku pada Mei Lin. Mereka berpusu-pusu ke makmal untuk mengambil tahu apa yang telah terjadi. Luna juga tak terkecuali.

"Kenapa, Mei Lin?," tanya Luna prihatin.

Soalan Luna tak dijawab malah jelingan pula dihadiahkan kepada Luna. Luna terpaksa menahan sabar. Ramai betul orang benci dia tanpa sebab. Dia nak bersikap prihatin pun direject.

"Kenapa ni?," soal Encik Rostam pula. Hairan.

Mei Lin terduduk di kerusi di dalam makmal tersebut. Wajahnya cemas, dan tertekan.

"Dokumen dan maklumat penting projek dah hilang. Dah tak ada. Apa nak jawab pada Tuan Zariel? Dah lah fail-fail tu semua sulit. Bahaya kalau dapat pada orang luar. Boleh rosak semua usaha yang kita dah buat! Mati lah saya!," kata Mei Lin cemas.

"Lagipun kena hantar hari ni kat bos," tambah ahli kumpulan Mei Lin yang lain.

Semua mula gelisah. Boleh mengamuk habis bos kalau macam ni. Semua orang mula rasa takut. Runsing. Buntu.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now