Part 47. PDA

48.3K 1.8K 126
                                    


"Kalau kau rasa kau terperangkap hidup dengan aku dulu, aku...,"

Luna berdebar.

Adakah Zariel akan lepaskan dia??

"Aku... kisah apa?," sambung Zariel lalu tersenyum senget.

Memang niat Zariel nak main-mainkan perasaan Luna. Zariel memang takkan lepaskan Luna. Zariel dapat kesan yang Luna juga tak nak dia buat macam tu. Jadi apa yang Luna nak? Zariel keliru. Bukan ke Luna bencikan dia?

Kenapa perempuan ni rumit?

Luna rasa nak hempuk kepala Zariel pakai kerusi. Buat dia cuak tadi lepas tu buat dia geram pula. Zariel suka buat hati dia hura-hara.

'Cuak? Kau cuak Luna? Maksudnya kau pun tak sanggup bercerai dengan Zariel kan? Hahahaha,' Luna rasa nak menyumpah otak dia yang membidas dia macam tu.

"No. Matter. What," tambah Zariel dengan nekad.

Luna rasa nak nangis sebab meroyan.

Dah sweet dah tu. Tapi tak kena dengan situasi sekarang. Kalau tak cair habis. Luna harap sekarang ni Zariel tengah cakap lembut-lembut dengan dia. Mesti habis dia jatuh... jatuh cinta! Kalau Zariel minta maaf elok-elok, sekarang juga Luna peluk Zariel dan kembali pada Zariel. Dia sanggup lupakan semuanya. Tapi tengoklah!

Ego seorang Luth Zariel.

Mati ke kalau minta maaf elok-elok?

"Just wait and see!," cabar Luna.

Sakit hati buat dia cakap merepek. Luna berdiri dari kerusinya.

"Saya bercinta dengan Que," kata Luna dengan nada serius.

Luna tak tahu motif dia cakap macam tu. Tapi dia rasa kecewa bila Zariel tak tunjuk apa-apa riak cemburu atau marah. Bagi Luna, terbukti yang Zariel tak sayangkan dia.

Mungkin Zariel hanya rasa tercabar sebab tu Zariel nak dapatkan dia kembali. Luna rasa pilu dengan kenyataan tu. Dia rasa macam dilayan bagai boneka tanpa perasaan.

Luna keluar dari studio itu dengan rasa geram.



Wajah Zariel tegang sebaik sahaja Luna melangkah keluar. Urat di pergelangannya timbul. Zariel terpaksa menahan perasaan.

Arghhh!

Zariel cukup terkesan dengan bicara akhir Luna. Tipu kalau dia tak rasa apa-apa.

Marah. Cemburu.

Mukanya diraup kasar cuba bertenang. Zariel tarik nafas dalam. Zariel bangun dari kerusi. Tanpa dapat ditahan, kerusi berdekatan disepak kuat. Melepaskan perasaan. Terbalik kerusi tersebut.

Zariel keluar dari studio bersederhana kecil itu dan menuju ke pantri. Zariel rasa macam dia perlu lakukan sesuatu.

Luna milik dia!

Zariel tak nak kehilangan Luna lagi. Dia tak sanggup nak rasa perasaan yang dia rasa selama tiga tahun lepas.

Rindu. Ya, rindu sangat. Rindu yang mampu buat dia tak fokus pada kerja dia. Kerja antara perkara paling penting dalam hidup dia. Dan Luna mampu mempengaharui perkara itu. Apa yang orang biasa tak mampu.

Luna seorang yang istimewa dalam hidup dia.

Zariel akan dapatkan Luna. Tapi kali ni Zariel sedar.

Dia dah jadi tamak.

Zariel bukan hanya mahukan Luna saja. Dia nak hati Luna sekali.

A whole of Luna.

Zariel rasa benci kalau orang lain memiliki hati Luna. Hanya dia yang layak! Sekarang dia kena lebih agresif dalam plan dia untuk kembalikan Luna dalam hidup dia.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now