Part 15. Rindu ke?

53.5K 2K 45
                                    

"What the hell are you doing?! Kau tak balik lagi waktu macam ni dan tengok apa jadi. Kau tu perempuan. Fikirlah sikit pakai otak. Keselamatan diri sendiri pun tak reti nak jaga ke? Kalau aku tak ada tadi kau rasa apa jadi?," marah Zariel.

Luna yang duduk di hujung katil hanya menunduk. Tahu semuanya salah dia.

Zariel malas nak tazkirah banyak-banyak jadi dia hanya memandang wajah mendung Luna dengan keluhan lega. Mujur Luna tak apa-apa.

Bila fikir keselamatan Luna, terus amarah dia muncul semula.

Zariel kena jauhkan diri daripada Luna buat masa sekarang. Zariel masuk ke dalam bilik lamanya. Cuba redakan perasaan marah.

Zariel bukan seorang yang mudah kawal perasaan jadi daripada dia bertindak luar kawalan baik dia blah dulu. Karang teruk Luna kena kalau baran dia muncul.

Kalau perempuan lain memang dah kena dah.

Tapi masalahnya, ni Arluna Aisyah.

Jap? Apa bezanya? Perempuan jugakan?

Zariel jadi sedikit kusut. Dia pun tak tahu apa jawapannya.

Luna duduk di atas katil dengan lega.

Mujur Zariel tak mengamuk.

'Tapi dia marah, kan? Semua ni salah aku.. memang layak pun kena marah. Zariel... lebih baik aku pujuk dia. Memang patut pun dia marah. Bodoh betul kau, Luna,' rungut Luna pada dirinya.

Kesal.

Keesokan harinya...

Luna turun ke tingkat bawah pagi itu untuk sarapan.

Mak Nab sedang menghidangkan sarapan. Luna hadiahkan senyuman kepada Mak Nab yang sudah separuh abad itu.

"Assalamualaikum. Selamat pagi, Luna," sapa Mak Nab mesra.

"Waalaikumussalam, Mak Nab. Selamat pagi juga," balas Luna juga mesra. Cuba bersikap sopan pada yang lebih berusia.

Luna mengambil tempat duduk di meja makan. Pinggan yang dihulurkan Mak Nab diambil.

"Zariel dah pergi kerja? Bila dia balik semula?," tanya Luna.

Memang tak sepatutnya seorang isteri tanya perihal aktiviti harian suaminya pada pembantu rumah tapi itu lah Luna.

Arluna Aisyah dan Luth Zariel bukanlah semesra pasangan lain. Hidup mereka unik.

Heh.

Mereka pun dua menjak ni kurang berhubung sangat. Sebabnya Zariel tu workolic yang ampun! Selalu tak balik sebab sekarang ni musim dia busy. Tidur pun kat office. Orang yang berkerjaya besar macam tu lah gayanya.

Mana tak berjaya dan kaya macam sekarang?

Kuat sangat kerja, serius, dan dingin.

"Tuan tak kata bila. Cuma tuan kata dia tak balik kut untuk masa terdekat ni. Sibuk sangatlah tu. Biasalah tuan, kan? Tuan dah lama pergi kerja tadi," jawab Mak Nab.

"Oh. Okay," balas Luna dengab sedikit lemah. Nada cuba dibiasakan agar rasa kecewanya tidak dikesan.

'Aduh... kenapa aku tak suka kalau dia jarang ada kat rumah? Bila dia busy dan tak layan aku sebab sibuk kat office, aku geram? Mengeluh? Aku ni macam rindu pun ada juga... Rindu ke? Apasal dengan aku ni eh?,' keluh Luna pusing.




Luna jadi serba tak kena dah dalam villa besar ni. Macam cacing kepanasan bila Zariel tak balik. Bila dia tak jumpa Zariel.

Luna dah tak tahan.

Dia nak juga tatap muka Zariel walaupun sekejap. Luna tersenyum.

'Ting' Mentol dalam kepala berdeting. Tanda menyala. Luna dah dapat idea.

Idea untuk jumpa Zariel. Senang saja. Pergi ke pejabat Zariel. Tapi sebab kenapa adalah yang susah dan dia dah tahu apa alasannya.

Mesti Zariel pelik kalau Luna datang tiba-tiba. Jadi Luna nak bagi alasan yang dia nak hantar baju Zariel sebab konon dia risau Zariel tak ada baju nak pakai.

Luna tersenyum ceria. Woohoo!

Luna bawa tiga helai baju Zariel untuk dipakai di pejabat dalam satu beg kertas. Salah satu kereta yang terperap dekat tempat parking dibawa. Zariel bagi pakai. Kunci kereta pula ada sahaja disimpan di tempat khas untuk kunci.

Arluna memandu ke SLR Holdings. Arluna tahu pasal SLR, tapi still terpesona bila lihat sendiri depan mata.

Moden. Besar. Megah.

Memang semua tu gelaran yang layak untuk SLR. Sesuai untuk seseorang macam Zariel.

'Syarikat antarabangsa yang sepuluh kali ganda lagi gah daripada syarikat AA. Padahal syarikat AA tu dah boleh dikategori hebat dan terkenal,'

Zariel sangat hebat walaupun Zariel CEO dan bukannya president... tapi sebenarnya keseluruhan SLR dia punya. 81% saham SLR adalah milik Zariel.  Besar jumlah tu. Memang sah pemilik mutlak dan utama. Zariel jadi CEO sebab dia suka jawatan tu.

Malas nak jadi presiden. Lagipun aset Zariel bukan SLR sahaja. Banyak lagi aset gempak dia.

Zariel memang kaya.

Ini sebab Zariel berkuasa dan ditakuti. Apatah lagi Zariel memang jenis serius dan dingin. Tak lupa juga tegas.

Tapi Zariel saja jadi agak low profile.

Di lobi...

Penyambut tetamu hairan apabila Luna mahu berjumpa bosnya.

"Cik Arluna ada buat appointment tak dengan Tuan Zariel?," soal penyambut tetamu itu sopan dan lembut. Beradap.

'Err. Siapa tak kenal Luna?,'

"Eh? Puan?," sapa Joey agak terkejut.

Joey yang ternampak kehadiran Luna itu menghampiri Luna di kaunter penyambut tetamu.

Lega hati Luna melihat Joey. Pembantu  peribadi Zariel itu segak berkot. Arluna hanya melihat Joey yang kelihatan hairan dengan kehadirannya.

"Hi, Joey. Nak jumpa bos awak lah," jawab Luna.

"Oh. Silakan. Mari ikut saya," pelawa Joey sopan.

Luna hanya mengikut langkah Joey sehingga ke bilik yang tertera nama CEO SLR.

Luth Zariel bin Tan Sri Zain.

Joey melihat meja PA Zariel kosong. Meja PA hanya di hadapan bilik Zariel.

'Aik? Mana pulak budak ni?,' fikir Joey pelik bila melihat meja Zack kosong.

Tiba-tiba seorang pemuda datang ke arah Joey dengan wajah serba salah.

"Sorry, Encik Joey. Tadi saya ke tandas," pohon Zack cuak.

"Sokey," balas Joey serius.

"Err... Encik Joey nak masuk ke?," tanya Zack.

"Ya. Kenapa? Ada tetamu?," tanya Joey.

Zack menggangguk. Joey pandang Luna serba salah.

'Dah la datang jauh-jauh. Takkan nak balik terus?,' fikir Joey kesian.

"Penting sangat ke? Pasal bisnes?," tanya Joey.

"Err... tak lah," balas Joey teragak-agak.

'Alah, kalau macam tu aku nak jumpa Zariel juga,'

Tak sempat sesiapa nak halang. Luna dah tolak pintu bilik Zariel lalu masuk. Luna dah rindu.

Rindu ke?

Zack serba tak kena. Joey pandang Zack sambil buat isyarat 'kenapa?'.

"Ada Cik Nuha kat dalam," kata Zack cuak.

Joey tepuk dahi.

'Bencana!,' fikirnya risau.







The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now