Part 57. New Movie

46.2K 1.5K 27
                                    

"Perlu ke semua ni? Saya penat tahu tahu tak!," kata si lelaki yang berjaket kulit hitam itu.

"Awak fikir saya suka? This job need to be done by hook or by crook," balas si perempuan yang bertudung shawl hitam dengan nada terdesak. Lily, watak Luna.

AR, watak utama lelaki hanya mampu mengeleng kepala. Tiba-tiba, watak antagonis masuk ke dalam markas ini dengan lenggok berkeyakinan.

"Lily and AR, why so stress when I'm here?," sampuk Nayla, pemegang watak bernama Nina.

Nina seorang yang nekad dan mahu semuanya mengikut apa yang dia mahu.

Filem ni melibatkan tiga artis yang dikenali ramai. Kedua-dua watak utamanya ialah pelakon hebat dan berbakat dalam industri hiburan kini.

Darius Wong...

Jejaka berwajah pan-asian. Darius Wong seorang yang berbakat dan bergaya. Auranya sentiasa memikat. Tutur kata lelaki ni sangat manis. Dia mampu mencuri hati wanita dengan sangat mudah.

Arluna Aisyah...

Pelakon wanita yang sopan dan cantik. Latar belakang yang amat pribadi tidak menghalangnya daripada menjadi terkenal dan disukai ramai. Arluna Aisyah bertudung dan berpakai menutup aurat. Tapi auranya tetap mampu mengoda dan menarik.

Nayla Heyna...

Pelakon wanita yang dulu terkenal tetapi sekarang sudah semakin tenggelam. Banyak kontroversi dan agressif dalam mendapatkan perhatian.

Filem ni melibatkan aksi dan percintaan. Konflik dan pergaduhan banyak terdapat di dalamnya. Filem ni hanya berdurasi selama dua jam lima belas minit.

"Cut!," jeritan lantang dari pengarah kedengaran.

Pelakon mula menarik nafas tenang.

"Kita rehat dulu lima belas minit,"

Luna menarik nafas lega selepas mendengar arahan pengarah itu. Set pengambaraan itu penuh dengan kerusi untuk rehat. Luna duduk di salah satu kerusi.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Ruangan chat dengan Zariel diperiksa. Zariel baru sahaja hantar mesej beberapa minit lalu. Mujur telefonnya di dalam mod senyap. Kalau tak mesti bising telefonnya sebab asyik berbunyi dari tadi.

Mana taknya?

Zariel buang tabiat pergi spam Luna. Hantar emoji bentuk hati banyak-banyak. Mesti ramai tak sangka CEO SLR Holdings mengada macam ni. Macam orang tak ada kerja.

'Tak sibuk pula dia?,' fikir Luna.

Hubby
tk ad
kerja ke?

Luna hantar mesej kepada Zariel. Beberapa minit kemudian baru Luna dapat balasan. Tah hapa-hapa. Cara Zariel spam tu macam tak ada kerja tapi balas lambat. Ni mesti Zariel cepat-cepat hantar emoji love tu lepas tu terus sambung buat kerja. Sangat tak bermoral papa Isya ni.

Luth z💞
Ada.

Byk ke?

Tanya Luna pula. Luna lihat status Zariel sedang menaip. Mesej seterusnya masuk.

Luth z💞
Banyak lh jugak.
Tapi satu kerja
ni mesti
kena buat.
Tk tahan klau
klau tk buat.

Luna senyum sendiri. Pertama kali Zariel punya mesej panjang macam ni. Sebelum ni biasanya pendek. Biasanya sepatah-patah je dia jawab.

Kerja ap?

Luth z💞
kerja rindukn
honey.

Luna mengemam bibir. Menahan senyuman. Zariel yang dingin pun boleh buat Luna jatuh hati bergolek-golek. Kalau mood Zariel tengah romantik?

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now