Part 18. Siapa?

50.4K 2.1K 68
                                    

Hari bertukar malam...

Luna menjenguk perlahan melalui pintu bilik kerja Zariel. Zariel kelihatan amat tekun dengan kerjanya. Luna menapak masuk. Meja Zariel dihampiri.

'Mak aii! Banyak betul kerjanya. Fail bertimbul. Aku dulu, kerja punyalah seciput kat office. Banyak giller masa aku main-main. Anak kesayangan lah katakan,' komen Luna.

Luna duduk di hadapan meja Zariel.

"Honey," sapa Zariel namun fokus masih pada komputer di atas meja.

Serius sahaja muka Zariel apabila berhadapan dengan kerjanya. Zariel punya komited tu buat dia nampak lagi charming pada pandangan Luna.

Walaupun Zariel sedang pakai seluar pijama biru kotak-kotak dan t-shirt kosong warna biru je sambil hadap work tapi still hensem and cute sangat-sangat.

"Tak habis lagi kerja?," tanya Luna.

"Tak tidur lagi?," soalan berbalas soalan.

"Belum," jawab Luna malas.

"Pergilah tidur," arah Zariel ringkas. Tak layan bosan Luna.

"Malaslah lagi. Nak duduk sini teman awak, boleh?," pinta Luna manja.

"Ikut suka hati kau. Jangan kacau aku sudah," balas Zariel mengalah.

Sambil Zariel tekun pada kerjanya, Luna hanya merenung dan memerhatikan Zariel tanpa jemu. Orang berupa bila tengok lama mana pun tak jemu.

Macam eye candy. Segar minda dan mata. Macam eye mo pun ada.

Tiba-tiba telefon Zariel berbunyi. Zariel melihat nama pemanggil. Zariel mengeluh dan menyambung kerja tanpa hiraukan panggilan tersebut.

Panggilan terhenti sendiri.

Lagu Move berbunyi lagi (ringtone phone Zariel). Naik bosan Luna dengar. Dah la dia tak minat sangat lagu rancak macam tu. Entah untuk kali ke berapa dah panggilan yang sama masuk.

Geram Luna dengan Zariel yang buat tak tahu je. Luna acah nak angkat. Zariel pandang sekilas sambil angkat kening sebelah. Sebab Zariel tak kisah, Luna capai phone tu. Kebetulan pula talian dah berhenti.

'Fed up agaknya,' fikir Luna kesian.

Kebetulan Luna nak letak semula, bunyi mesej masuk. Luna membuka aplikasi WhatsApp. Zariel memang tak kisah dan biarkan je apa yang Luna nak buat dengan phone dia tu. Zariel hanya tekun pada kerjanya.

Luna membaca mesej tersebut.

I miss you ❤️

Wajah Luna terus berubah.

'Siapa yang chat Zariel ni? Siap miss-miss bagai?,' fikir Luna tak puas hati.

Kemudian mesej masuk lagi. Dari penghantar yang sama.

I'm sorry, baby😭.
Jwb call please.

Nak termuntah Luna baca. Pantas sahaja Luna membalas.

                                      I miss U 2❤️.

Luna saja tak ada kerja.

Bosan dengan Zariel yang workaholic.

Beberapa saat kemudian mesej masuk lagi.

I❤️U so much.
Jom get back.
I mnyesl sgt!
Syg, U tahukn..
I syg U sgt ii?

Luna tersengih nakal.

                                 I love U 2,baby.
                                 So so much!😚.
                                   To the moon
                                 & back. Jgn
                                 menysl syg.
                                 Jom get back.
                                😘😘😘. Muah!

Luna tergelak nakal.

Orang di hujung talian sana sudah berkerut wajah. Rasa macam mustahil pula yang chat dengan dia ni Zariel.

Dia kenal Zariel macam mana.

'Cara Zariel chat bukan macam ni. So not Zariel! Who dare touch his phone?!,' fikir perempuan itu
hairan dan bengang.

Luna menunggu dengan tak sabar balasan orang tu.

Status typing terpapar.

Akhirnya mesej tersebut berbalas.

I rindu U.
Jom VC, Syg.

Tanpa teragak-agak Luna membalas...

                                     Ok, baby.🥰

Baru sahaja video call dari perempuan itu mahu diangkat. Phone itu terus beralih tangan.

Luna pandang Zariel. Jelas Zariel bengang.

Luna sedar dia salah. Luna menunduk pandang lantai. Zariel berwajah kelat.

Zariel menaip...

                                       It's not me.

"Keluar!," arah Zariel tegas.

Bila dia tahu siapa Luna chat... darah dia menyirap. Apatah lagi sebagai dia. Zariel serabut dan pening kepala.

"Awak marah? Sebab saya mesej dengan girlfriend awak? Okay. Saya keluar!," balas Luna geram.

Siapa yang tak sakit hati?

Zariel menarik nafas panjang. Tangan Luna dicapai sebelum Luna dapat beredar.

"My bad," kata Zariel perlahan.

Mana boleh dia bagi Luna merajuk. Dia kalau boleh nak Luna sentiasa gembira dan ceria. Kalau Luna merajuk makin kusut kepala dia.

Hal Nayla pun tak habis lagi.

Luna terpujuk. Bukan sebab apa. Hanya sebab Zariel layan. Kalau Zariel buat derk lagi sakit hati.

Luna kembali duduk.

"Siapa tu? Girlfriend awak? Yang kat office tu ke?," tanya Luna.

Memanglah dia cemburu tapi memang tak lah dia nak tunjuk.

'Siapa aku dalam hati Zariel?,' fikir Luna sayu.

Zariel tak pernah kata pun yang dia cintakan Luna. Luna pun tak pernah lafazkan. Luna cuma tahu dia sayang Zariel.

Perasaan tu mustahil tak ada. Tapi cinta? Luna tak tahu!

"Nope. Yang kat office tu Nuha. Adik sepupu aku dan adik susuan aku. So yeah... dia tu adik aku. Dia memang manja macam tu. Dia kalau nak something memang gedik habis. Dia nak aku tolong dia buat apa entah untuk majlis tunang dia. Kau tak perlu risau pasal perempuan lain ganggu aku. Aku hanya nak kau," terang Zariel.

Ayat terakhir tu habis selamba dia sebut.

"Then siapa perempuan ni? Cara cakap gedik habis!," kutuk Luna menyampah.

Zariel hanya diam.

"Kenapa tak jawab? Because it is your honey-sugar-butterscoth-sweetie-pai-cutie-cupcake?," soal Luna dengan nada ketara cemburu.

Zariel tergelak tapi tiada jawapan daripadanya.











The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now