Part 59. Pelik

43.3K 1.6K 29
                                    


Habis semua taktik yang dia boleh fikirkan Luna telah guna. Tapi dia tetap tak dapat pujuk Zariel yang sepertinya merajuk itu.

Sumpah Luna cuak. Tak seronok lah hadap Zariel yang dingin. Seram!

Dua hari kemudian...

Luna rasa nak mencarut.

Bagus sangat! Dengan Zariel yang serius tambah dengan gosip terbaru yang menyatakan bukti dia bercinta dengan Darius pula. Luna tak tahu macam mana boleh jadi serabut macam ni. Gambar mesra dia dengan Darius di set pengambaran tersebar dan viral.

Yang penting... macam mana dengan Zariel?

Di set...

"Luna, saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Macam mana gosip ni timbul pun saya tak pasti. Tapi jujurnya...,"

Ayat Darius terhenti kerana Luna mula terhuyung-hayang tiba-tiba. Mujur Luna sempat berpaut pada kerusi di sebelahnya. Luna rasa macam persekitaran berpusing. Bagaikan bumi berpusing.

"Awak okay tak ni?," tanya Darius.

"Okay," balas Luna perlahan.

"Jom saya bawa awak ke klinik?," pelawa Darius. Dia rasa prihatin.

"Tak apa," tolak Luna.

"Betul ni? Awak kena pergi klinik ni. Takut apa--," Darius meminta kepastian kerana dia ikhlas risaukan Luna.

"Kan saya dah kata saya okay!,"

Terdiam.

Luna sendiri terkejut dengan nadanya yang agak tinggi. Darius nampak tersentak sebelum mengukir senyuman tawar. Luna diterpa rasa bersalah.

"Darius, saya minta maaf," pohon Luna bersungguh.

Darius tersenyum.

"Tak apa. Saya faham emosi awak tak stabil sebab awak pening kepala sekarang. Awak rehat dulu ya di sini," balas Darius lembut.

Memang Darius agak terkesan dengan Luna tapi dia tak nak simpan dalam hati sebab dia faham situasi Luna yang tak sihat. Luna pula jadi serba tak kena sebab telah singungkan perasaan orang lain. Luna rasa macam dia pentingkan diri sendiri dan tak hiraukan perasaan orang lain.

"Haa. Apa yang awak nak cakap tadi?,"

Luna menyoal apa yang Darius tak dapat sambung pada waktu dia hampir terjatuh tadi. Selain tu, Luna cuba tukar topik supaya mereka tidak kekok dan dia tak terus diterpa rasa bersalah ni. Darius tersenyum nipis.

"Saya nak cakap sesuatu yang penting. Nanti lah saya bagitahu sebab sekarang ni saya tahu mood awak tengah tak berapa elok,"

"Okay" balas Luna.

Luna cuba hadiahkan senyuman ikhlas walaupun dia dalam keadaan pening kepala. Faozan yang perasaan akan keadaan Luna terus datang hampiri mereka.

"Kanapa, Luna? You okay tak ni? Nak balik? Atau you nak I telefon your hus-,"

"Ehm!," Luna menegur dengan deheman.

"Atau you nak I telefon Hasmalia, kawan baik you tu?," Faozan terus cover.

Luna hanya mengeleng. "I penat je ni," kata Luna.

"Itu lah pasal. Kerja tu tak payah kuat sangat. You kena tahu limit you. Ni tak! Tak henti-henti kerja," bebel Faozan.

Faozan mula membebel. Luna tak dapat tahan sakit kepala apabila Faozan mula membising. Kalau waktu dia okay, Luna okay je dengar Faozan membebel. Sebab tu tanda Faozan risaukan dia. Tapi sekarang dia tak boleh terima.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now