"Err,, ta— takde sapa"

"Gila!"

Aryan berjalan ke arah Adriana yang sudah bangun duduk di atas katil.. Cepat-cepat tangan si gadis memperbetul semula comforter yang dia selerakkan tadi

Sangkaan Adriana, Aryan akan labuhkan duduknya du atas katil dan tidur bersebalahn dirinya.. tapi silap! Aryan hanya mengambil bantal di situ dan terus berlalu pergi

"Aw—awak"

"Awak nak tidur mana tu?"

"Sofa"

"Awak tidur je la atas katil.. Sakit badan tu nanti tidur atas sofa" Aryan berpaling sebentar memerhati Adriana

"Sini la, tidur atas katil eh"

"Aku tak nak tidur dengan pembunuh" langkah terus dibawa ke arah sofa.. Senyuman manis yang dihadiahkan buat Aryan tadi kian pudar.. Pedih!

"O—okey.. Good night awak" lantas Adriana membaringkan tubuhnya.. Mata dipejam seerat mungkin bagi menghilangkan rasa pedih dan perit di dada

Jarum pendek sudah menginjak ke jam 3 pagi.. Adriana perlahan-lahan turun dari katil king miliknya sebelum menuju ke arah walk in closet supaya tidak mengejutkan Aryan

Selimut berwarna merah jambu bercorak anak gajah ditarik perlahan-lahan keluar daripada almari.. Langkah diatur kemas ke arah sang suami

Dikibar selimut itu beberapa kali sebelum diletakkan kemas di atas tubuh Aryan.. Jatuh rasa kasihan terhadap Aryan kerana tidur di atas sofa, pasti suaminya sejuk.. Ditenung dalam wajah Aryan,, kelihatan polos.. Tiada kedinginan dan kebencian pada wajah itu semasa sedang nyenyak dibuai mimpi

"Selamat malam" bisik Adriana sebelum kaki dibawa laju ke arah katil, comforter ditarik menutupi seluruh tubuh, tudung dilonggarkan sedikit sebelum dia betul-betul dibuai mimpi pula

🌹

"Good morning sayang"

"Good morning mama papa abang" Aryan yang berdiri di sebelah Adriana hanya tersenyum kepada mama papa mertuanya

"Sedapnyeeee breakfast harini"

"Ha kalau sedap makan banyak sikit"

"Tak boleh lah mama, Kayla diet"

Nasi lemak bersama sambal kerang diceduk ke dalam pinggan dan diberikan kepada Aryan,, tidak lupa jugak telur mata kerbau, kacang dan timun.. Kemudian,, barulah gilirannya pula untuk mengambil lauk.. Haih, dah kahwin ni kena utamakan suami dulu! Bak kata mama la

Doa makan dibaca sebelum Adriana mula melahap,, diet itu semua hanyalah dusta semata-mata,, 2 pinggan Adriana makan tanpa menghiraukan papa yang sedang berbual bersama Aryan, Adrian dan Adriz tentang syarikat

"Adriana" panggil Puan Marissa setelah Adriana selesai membasuh tangan

"Ye mama"

"Jom ikut mama kejap" Adriana hanya menurut dan mengikut belakang permaisurinya.. Langkah anak beranak itu berhenti di taman belakang rumah yang cantik dengan bunga-bunga yang di tanam sendiri oleh Puan Marissa

"Mama nak cakap sikit"

"Hm nak cakap apa mama?" Adriana mengambil tempat di atas buaian bersebelahan mamanya

"Lelaki itu —

bagaikan layang-layang, dan wanita itu bagaikan benangnya. Tanpa benang, layang-layang tak akan boleh terbang tinggi. Di sebalik ketinggian lelaki selalu ada kaum wanita. Kaum wanita, jadilah benang yang berkualiti. Jadikan layang-layang kamu terbang setinggi-tingginya, kerana setinggi apapun ia terbang, ia akan tetap terikat dengan kamu. Jagalah diri kamu agar ia tidak putus dan terbang tak tentu arah. Ingatlah layang-layang ingin selalu terbang tinggi"

"Apa maksud mama?" Puan Marissa tersenyum manis sebelum menggapai tangan Adriana

"Satu hari nanti, kalau mama dan papa dah takde, jadilah isteri yang baik, sebab masa tu tiada siapa yang akan nasihatkan kamu macam mana mama nasihatkan kamu sekarang..  Sebagai isteri, kamu kena sentiasa ada di sisi Aryan, jatuh dan bangun. Walaupun akan ada masalah nanti, selesaikannya dengan cara yang baik.. Baik buruk Aryan , dia tetap suami sah kamu.. Sentiasa sokong dia dari belakang.. Dia perlukan isteri sebagai tulang belakangnya"

"Ingat pesan mama sampai bila-bila ok sayang?"

"Mama kenapa ni? Mama nak tinggalkan Kayla dah ke?" berair mata Adriana menanti jawapan dari ibundanya

"Tak sayang, mama cuma nasihat je" terus Puan Marissa merangkul tubuh ramping Adriana

"Mama sayang kamu Kayla"

"Kayla pun sayang mama, dunia akhirat"

🌹

"Aryan jaga Kayla ye"

"Baik mama, Aryan dengan Kayla pergi dulu" Aryan tunduk mencium tangan Puan Marissa dan Tengku Alham

"Abang mana mama papa?" soal Adriana

"Ada dekat atas" jawab Tengku Alham

"O—ouh,, Kayla pergi dulu" jauh di sudut hatinya, dia tahu Tengku Alham masih belum memaafkannya apatah lagi Adrian dan Adriz yang langsung tidak mahu berbicara dengannya, pandang pun entah sekali dua sahaja.. Manakan tidak, dia sudah menyebabkan nyawa seseorang tergadai

'Khaira, maafkan aku'




















🌹
Sorry pendek 😭😭😭❤️❤️❤️

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now