BFM || 44

3.7K 215 45
                                    



•••

Pang! 

Tangannya bergetaran dalam ritma halus namun berpijar. Iris mata tajam menikam ke wajah Eva. Dada berombak deras,  lahar amarah meletus memuntahkan lahar berapinya.

Seketika situasi antara mereka bisu. Namun, jelas ketegangan mulai merayap memenuhi ruang atmosfera.
Dellina masih diam dalam racun emosi yang disuntik ke dalam jiwa raganya.

" kau memang tak ada hati perut " selarannya halus namun cukup tajam membelah suasana. Eva sekadar tertunduk, sebelum senyuman sinis terukir dibelahan bibirnya. Iris mata naik membalas tatapan Dellina.

" aku?  Aku yang tak berhati perut sekarang ni? " telunjuk dituju ke wajah sendiri,  masih dalam situasi provokan yang jelas dituju pada Dellina. Senyuman yang melebar diwajah Eva kian memudar sebelum tangannya dengan pantas menampar wajah Dellina. Sekuat hati.

Terkalih wajahnya akibat tamparan itu. Bola mata membulat, sambil bibir menghela nafas kaget. Iris matanya pantas naik melirik kembali ke wajah Eva.  Semakin sakit hatinya apabila melihat senyuman lebar diwajah wanita itu. Malah, makin terasa berpijar pipinya.

" sakit? "

Pertanyaan Eva dibalas dengan kebisuan. Sekadar mata saling bertentangan. Masing-masing lemas dalam lautan emosi. Masing-masing tidak mahu mengalah, apalagi tunduk meringiskan kelemahan sendiri.

Lirikan mata Dellina perlahan jatuh menekur tanah,  serentak nafas dihela panjang sebelum dihembus.
Renungan matanya berubah tajam, iris mata hitam semakin menggelap apabila sepasang matanya naik menikam terus ke wajah Eva. Senyuman dibibir wanita itu,  dia mahu lenyapkan serta merta!


Pang  !


Automatik, senyuman diwajah wanita itu lenyap sekelip mata. Dan, kali ini Dellina pula yang tersenyum lebar. Biar tapak tangan kebas berpijar, asalkan hatinya puas melihat wajah wanita itu yang memerah.

Eva terkaku. Jelas tidak menjangkakan tamparan kedua itu bakal menghinggap wajahnya. Api kemarahannya semakin menggunung tinggi lantas dirinya diamuk dengan satu ledakan atom apabila tubuh Dellina ditolak dan rambutnya direngkuh kasar.

Dellina langsung terkaku. Tubuhnya yang dalam sekelip mata terhumban ke lantai tidak sempat berbuat apa-apa malah kesakitan dibahagian kepalanya pula menyusul apabila wanita itu merengkuh sejumlah besar rambutnya sekuat hati.

" argh!  " jeritan demi jeritan bersinambungan,  bergema kuat disegenap ruang kondo itu. Tubuhnya yang masih terbaring dilantai disepak dan dipijak tanpa ragu-ragu,  memaksa Dellina cuba melindungi wajahnya dengan kedua-duanya dua tangannya.

Seluruh tubuhnya sakit, ngilu menggigit seluruh tubuhnya lagi-lagi dibahagian abdomen dan disekitar kakinya yang disepak berkali-kali. Sesekali dia cuba menolak tubuh wanita itu darinya,  namun tumbukan dan tamparan tanpa henti daripada wanita itu membuatkan dia terpaksa menggunakam kudrat yang ada bagi menghadang wajahnya.

" perempuan tak  guna kau! " tempikam demi tempikam diselangi sumpah seranah ditemplak ke udara,  diri wanita itu benar-benar hanyut dalam amarah dan emosi yang menggila. Kekalutan itu kian memburuk apabila nenek Eva cuba meleraikan mereka berdua tanpa sedar akan tindakannya yang bakal memakan diri sendiri.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now